Siri Manchester-Leeds-York

Kami tiba di Manchester langit sudah gelap, dan hari itu kami sudahkan dengan makan malam versi Melayu di rumah Kak Long, juga bercerita panjang tentang macam-macam.

Bangun pagi, kami diserikan dengan kanak-kanak comel dua orang itulah.





Ada rupa adik beradik tak? Walaupun busuk belum mandi, takpelah, sebab comel.




Ya Allah, geramnya boleh bergaya macam ni pula pagi-pagi. Tapi bila nak dukung atau cium, dia jerit. Kata Kak Long, awal-awal memang begitulah.



Abang Anas ajak ke pasar jual barang terpakai, saja tengok-tengok.





Wah, sempat juga beli drawer, dapat tawar jadi 10 pound.
Ada orang sudah pakai baju Wales. Nampak saja panas, padahal angin sangat sejuk.



Singgah pasaraya ASDA. Saya, bila sampai tempat begini jadi seronoklah. Tengok butter, cheese, sayur, susu, buah-buahan sangat murah! Walaupun tiap kali kira saya mesti convert kepada RM, masih murah.




Berdepan ASDA yang kami singgah adalah stadium rasmi Manchester City Football Club. Kelab yang Thaksin beli itulah.




Petang, selepas solat Jumaat, Abang Anas bawa kami ke Old Trafford, yang tidak jauh dari rumah. Walaupun Zul (juga saya) bukan peminat MU, alang-alang sudah tiba Manchester, jenguk-jenguklah stadium terkenal ini.


Besar juga stadiumnya. Cuma ketika itu tidak dapat masuk bahagian dalam kerana ditutup entah kenapa. Tengok-tengok merchandise dan ambil gambar sajalah.






Masih di luar kedai. Dapat pun Kak Long ambil gambar satu famili. Sebenarnya, Kak Long pun baru pertama kali ke sini. Kalau kami tidak datang, Kak Long memang sangat sibuk dengan sekolah dan memang tidak sempat berjalan-jalan begini.



Gambar dalam kedai, tidak dapat jumpa pemain MU, dapat ambil gambar dengan poster pun jadilah.


Gambar Kak Long dan anak-anak gadisnya.


Lompat lah kanak-kanak comel!




Dari MUFC Stadium, Abang Anas bawa ke The Trafford Travern, pusat membeli-belah yang besar, hampir ada persamaan dengan Sunway Pyramid, cuma lebih besar.


Besar sangat kami tidak larat berjalan, maka selepas makan aiskrim dan kentang goreng, kami pulang.

Esoknya, Abang Anas sudah susun rancangan akan ke Car Boot site di York, ke Designer's Outlet juga di York, apple picking dan jalan-jalan di York selepas singgah rumah sepupunya Abang Zubir di Leeds. Kami sarapan di rumah Abang Zubir dan Kak Karmila, kemudian bersama kawannya kami ke Car Boot Sale di York.


Tiada rezeki untuk membeli banyak di situ mungkin, tiba di kawasan Car Boot, hujan lebat, orang yang jual tinggal sedikit, dan kami terpaksa melihat-lihat barang dalam hujan. Tak mengapalah, kami ke Designer's Outlet yang ada jual macam-macam barang berjenama yang telah diturunkan harga sangat rendah, kerana barangan pada stok akhir. Selesai di Designer's Outlet, kami makan tengahari, sepatutnya mahu makan di taman tetapi kerana hujan terpaksa singgah di tempat letak kereta dan buka Car Boot, jadi Car Boot foods. Haha.




Gambar depan apartment Abang Zubir dan Kak Karmila. Satu-satunya gambar di Leeds.


Budak dua orang ni bukan mahu makan pun, main percik-percik air hujan sebenarnya.




Makan bila ramai-ramai, belakang kereta pun jadi selera. Tambah-tambah, Kak Long masak mee goreng, ayam goreng rempah, lagi Kak Mila siap bawa sambal petai dengan ayam masak kicap lagi, wah, bertambah nasi. Hujan, dan makanan memang kombinasi cemerlang.




Di hadapan York Minster, gereja gothik terbesar di Eropah Utara.



Masih di York Minster, di bahagian taman. Dari kiri Kak Long dan Abang Anas (dan Nadhirah juga Najah), Zul dan saya, Kak Mila dan Abang Zubir, Kak Hajar dan suaminya Abang Ali dan anak-anak. Guna self timer, baru dapat ambil gambar semua.



Baru sedar belum ambil gambar adik beradik. Bukan, kami bukan kembar. Kak Long baru sedar saya lagi tinggi dari dia.


Depan City Hall Gallery.




Lagi depan City Hall.

Dapat pun ambil gambar dengan latarbelakang bas double decker York.




Kak Long kata, kena terapkan minat pada bunga sejak kecil.


York adalah salah satu bandar penuh dengan sejarah dan tinggalan sejarahnya memang dipelihara, antaranya dinding yang menjadi sebahagian kota di St. Mary's Abbey.



Latarbelakang, tinggalan dinding St. Mary's Abbey di Minster Garden.


Bunga. Biasalah.


Di tepian tebing River Ouse.


Abang Anas bergambar dengan signage University of York, yang memang dekat dengan Minster Garden dan River Ouse tadi.


Kami memang tidak sangka dapat jejak kaki ke Leeds dan York. Terima kasih banyak pada Kak Long dan Abang Anas yang susah payah bawa kami jauh, dan perjalanan yang seronok, memang sangat kami hargai. Jalan pulang, Kak Mila mengajak makan malam di rumahnya, sempat bakar ikan mackerel (yang Abang Ali pancing, segar!), dengan air asam. Memang rindu pada makanan Malaysia (ketika di Wales) dapat diubati sepenuhnya.


Pendek kata memang seronoklah!


Menyusul selepas ini, perjalanan di Liverpool dan pulang semula ke London.


* Lebih banyak gambar di sini dan di sini.

Comments

Popular Posts