Besides winning, the most fun thing is getting out there and mixing it up

Sudah lebih tiga hari, sejak kami selesai pengembaraan cari harta karun. Letih dan sengal kaki masih ada sikit-sikit. Itulah, sudah diberitahu supaya cukup fit untuk tugasan mental dan fizikal. Saya yang malas bersenam.


Alhamdulillah, daripada 34 kumpulan yang masuk sama-sama mencari, kami dapat tempat keempat. Tak sangka juga. Tapi menurut Zul, target asalnya supaya dapat tempat tiga teratas, sekurang-kurangnya, kerana permulaan kumpulan kami agak baik. Tapi sebetulnya, tempat keempat pun sudah cukup syukur. Dapatlah duit untuk isi minyak pulang ke Bintulu semula, kan.


Yang penting bagi saya, keseronokan dan komitmen dari semua pasukan sudah mula dirasai waktu taklimat malam Khamis lagi. Dengan costume yang sangat meriah, tagline dan sebagainya.



Saya jadi lambat update bukan apa, kerana kami memang tidak bawa kamera yang berat dan tidak mesra-treasure hunt itu. Tunggu orang upload dalam facebook dan emel sajalah. Ini yang setakat ini saya dapat.



Ini baru lepas flag-off. Itu, saya yang pakai tudung merah jambu. Zul kata, tak perlu lari, ramai-ramai ni, nanti jatuh.




Quest pertama, dari kiri Nizar, Ayu, Zul dan saya.



Oh, ini kumpulan Sarah, yang menang The Best Costume. Ada banyak juga kumpulan yang pakai costume, cuma kumpulan ini yang paling konsisten, siap ada maskot, letak atas kereta. The Flying Dutchman.


Ini kumpulan Faqar. Sivaji The Legend. Hebatnya strategi (dan teknik rempit), mereka menang tempat pertama. Siap dengan kain pelekat sekali.



Itu saya, berlari senget (untuk elak nampak gemuk dalam gambar) menuju marshal, yang juga berada dekat dengan cameraman.



Ini tugasan terakhir. Zul kena makan lima ketul hati ayam yang besar, blindfolded, sambil kami beri arahan dari jauh untuk Nizar suapkan. Kesian Zul, sampai kering-kering tekak.



Oh, ini malam lepas treasure hunt selesai. Ambil hadiah untuk tempat keempat. The Pressure Hunt.



Sekali lagi, kerana ini bukan dari kamera kami, maka kredit gambar untuk pemilik gambar (Faqrimy, Helmie, Alex dan Yusrizal). Jadilah, buat berkongsi cerita, kan?



Comments

Popular Posts