Dalam satu perlumbaan, anda memotong peserta di tempat kedua, di kedudukan apakah anda sekarang?




Oh, walaupun saya tidak gemar aksi mendebarkan kejar mengejar dalam filem atau cerita, tapi benarkan saya untuk terlalu komited pada siri The Amazing Race Asia musim kedua ini. Sudah tentu saya penyokong kuat Vanessa dan Pamela pasukan Malaysia, tapi alahai, peserta dari Thailand ini, Paula Taylor, sangatlah jelita dan comel dari segala aspek fizikal. Eyecandy, seperti kata suami. Walaupun jelita-comel begitu, dengan tangan halus tidak ganas dan sebagainya, mampu pula menduduki tempat tempat teratas di setiap pit-stop. Hebat, bukan?

Saya kira,  peserta dari Filipina, Marc dan Rovilson yang gagah dan cekap itu paling bernasib baik untuk episod setakat ini. Kombinasi sempurna untuk menang dalam perlumbaan seperti Amazing Race ini.

Eh, tiba-tiba saya menjadi pengulas pula. Tidaklah. Cuma tidak sabar mahu berkongsi gemuruh adrenalin untuk minggu depan pula. Jom?

* Berat sebelah mungkin, tapi seperti kata Marliza, benarkanlah saya bias pada manusia cantik. (Saya sokong Pam & Vanessa dan Paula & Natasya!)

Comments

Popular Posts