Hujan batu di negeri sendiri.
Saya kira, sambutan Aidiladha di Bintulu hampir sama dengan mana-mana negeri di Malaysia. Yang tiada, mungkin jualan daging-daging lembu dan daun ketupat atau lemang di tepi tepi jalan. Laungan takbir dan kesyahduannya pada malam 10 Zulhijjah dan pada hari-hari tasyriq dapat kami nikmati walaupun beraya di rantau orang tahun ini. Alhamdulillah, kami meraikannya dalam suasana sederhana dan bahagia. Selain acara korban lembu di masjid, hidangan wajib hari raya tetap kami sediakan (meski berdua, mana boleh tinggal acara makan makan ketupat dan sebagainya). Hidangan ringkas, dan mudah untuk kami orang selatan (yang tinggal merantau).
Kami bersarapan dan makan tengahari dengan ketupat, rendang ayam, lodeh dan sambal tumis ikan bilis.
Korban lembu di perkarangan masjid (kami melihat dari jauh saja),
...dan kami. Bergambar-gambar pula selepas solat dan kutbah di masjid.
Comments