Kuah, di mana tumpahnya?
Saya membikin popiah sebagai minum petang kelmarin. Sudah lama tidak makan popiah versi ini (dan sudah lama juga tidak membuatnya). Di sini, popiah isinya adalah sintetik mix-vege dengan rencah kari. Maka, kerana tidak biasa, jaranglah kami membelinya. Ini resepi dari emak. Mudah, lazat dan berkhasiat!
Popiah
Bahan bahannya,
Kulit popiah
Sedikit udang kering (ditumbuk)
bawang merah, bawang putih (juga ditumbuk)
sedikit jintan manis (ditumbuk juga)
taugeh, lobak merah, sengkuang cina (dipotong panjang seperti mancis)
sedikit tepung yang dilarut air untuk menjadi gam
Sedikit garam
Cara caranya,
Tumis bawang dengan jintan manis dengan udang hingga garing dan wangi, masukkan garam
Masukkan sayur-sayuran yang terlibat
Kemudian apabila sayur kelihatan sudah masak, angkat dan sejukkan sebentar
Toskan sayur jika berair, dan boleh digulung ke dalam kulit popiah
Goreng hingga kekuningan
Sedia untuk dihidang dan dinikmati!
Sosnya,
Cili merah
Bawang putih
Gula dan garam
Sedikit cuka
Mesin kesemua bahan (saya tidak nyatakan jumlah kerana mengikut kesesuaian cili dan popiah), dan didihkan sebentar untuk menghilangkan rasa mentah cili. Boleh juga jika tidak didihkan, terpulang. Cuka juga boleh diganti dengan asam jawa. Mudah!
Saya teringat waktu-waktu belajar dulu, gemar benar saya membuat popiah, terus teringat waktu training futsal dengan teman serikandi. (Alahai, sesudah training makan popiah pula, bagaimanalah mahu kurus!)
Sebelum popiah, ada juga membuat karipap, tapi tidak sempat pula mengambil gambar. Nantilah, bila buat karipap lagi, insyaallah saya tuliskan. (juga sedang menunggu resepi karipap pusing dari emak)
Comments