It's just tears and rain




Saya menangguh meletak gambar dan perjalanan ke Miri minggu lepas kerana kami masih bersedih atas kehilangan beliau. Begitupun, hidup harus diteruskan, meski harus tidak sama dengan dulu, juga saya tidak begitu mengenalinya, bercakap-cakap dan bersalaman hanya dua kali, malah. Kehilangan sangat dirasakan kerana kami sangat tidak bersedia dan terkejut. Benar. Mati itu datang, dan sudah dijanjiNya pada semua makhluk bernyawa. Cuma itulah. Terkejut. Kami sedang cuba mencerna sedikit sedikit, dan redha. Kerana saya sangat pasti dengan pengaturanNya. 


Apa yang saya dengar dan belajar daripada peristiwa peristiwa ini, belajarlah untuk sentiasa bersedia. Mental dan fizikal. Bersedia untuk ajal sendiri, dan ajal orang orang tersayang di sekeliling. Kursus Pengurusan Jenazah, saya kira sangat penting. Untuk kita bersedia tentang bagaimana kita diuruskan apabila ajal tiba. Ini bukan tentang muda atau tua. Kerana semua telah ditentukan. Percayalah. 




How I wish I'd chosen darkness from cold
How I wish I had screamed out loud,
Instead I've found no meaning

I guess it's time I run far, far away; find comfort in pain,
All pleasure's the same, it just keeps me from trouble
Hides my true shape, like Dorian Gray
I've heard what they say, but I'm not here for trouble
It's more than just words: it's just tears and rain

How I wish I could walk through the doors of my mind;
Hold memory close at hand,
Help me understand the years
How I wish I could choose between Heaven and Hell
How I wish I would save my soul
I'm so cold from fear

Comments

Popular Posts