We are all dietetic sinners; only a small percent of what we eat nourishes us; the balance goes to waste and loss of energy

Hujung minggu yang penuh warna, pada hemat saya. Dan penuh kalori juga. Kerana mengikutkan nafsu makan, maka perlu lah ditebus tebus dengan beberapa siri senaman, (selepas inilah). Maka, entri kali ini saya sengaja mahu memancing cemburu dan mengkecurkan sesiapa yang terlibat. Silakan, menjamu mata. 


Makan tengahari, menu barat dengan sedikit sentuhan melayu. Ayam goreng rempah, kentang goreng (home-made) dan coleslaw.


Mango Snow Ice


Coffee Ice with Chocolate


Wafel, dengan mentega kacang.


Sebetulnya kami mahu mencuba rasa dan menilai prestasi kedai aiskrim baru di sini. Bijak juga, konsep minuman bersusu yang dibekukan. Bezanya dengan ABC, tekstur aisnya lebih halus, dan lemak berkrim, dengan pilihan toppings yang pelbagai. Saya mahu aiskrim coklat sebenarnya, tapi malangnya tiada. Maka saya pilih Coffee Ice with Chocolate sajalah. Mango Snow Ice itu suami yang makan. 

Boleh tahan sedap, dan tambah seringgit saja untuk wafel dengan filling (juga pilihan sendiri). Cuma, akan lebih bijak jika mereka tidak begitu kedekut dengan topping coklat yang lazat itu. Juga, wafel mereka haruslah tidak boleh lawan dengan wafel di Warta (Bangi) yang sangat rangup dan penuh meleleh dengan double fillings itu. (Aduhai, sedapnya!). Reka hias dalaman juga sangat menarik. Untuk rate di Bintulu, bolehlah kami beri 4 bintang. Boleh datang lagi!

Oh, semua foto diambil oleh (siapa lagi?), Zulmaha.


Comments

Popular Posts