We live in a beautiful world
Oh all that I know there's nothing here to run from
Cause everybody here got somebody to lean on
Sudah seminggu juga saya tidak menulis. Cuti yang panjang, suami yang agak sibuk dan bekerja keras depan komputer, menghadiri majlis kenduri, dan urusan-urusan rumah yang biasa. Cuti, biasalah. Cuma apabila terasa tepu dan mahu lari dari suasana bosan di rumah, maka kami bercadang mahu berpiknik dan melakukan sedikit advencer. Tidak mahu melakukan berdua sahaja, maka kami heret bersama teman kami yang baru berkahwin dan kebetulan mahu meninjau-ninjau bumi bertuah Bintulu ini. Bukan, saya tidak sarkastik, benar, Bintulu bumi bertuah. Itu sudah masuk cerita lain, saya cerita lain kali lah.
Kerana dua-dua pun fotografer, maka selepas acara makan-makan, haruslah bersiap-siap menembak-nembak. Mujur, dan syukur juga hari kebetulan cerah, langit sangat biru cemerlang, dan awan putih, bersih sedikit berkepul, dan ombak tidak begitu ganas (dan kebetulan awal hari air tidak pasang).
Teruslah, dengan beberapa gambar yang tak seberapa.
Laluan beranjau penuh duri. (Sebenarnya tak jumpa jalan, maka terpaksa ikut laluan jauh. Kata mahu advencer, apa lagi?)
Main masak masak dan berteduh dalam gua (subhanAllah, cantiknya).
Semasa baru mahu membarakan arang. Ada dua jam juga baru berjaya. Jangan, jangan salahkan kami. Arang itulah, tak mahu bekerjasama.
Well done, kata orang putih. Iyalah, well done penuh dengan karbon. Jangan lupa cuci cuci perut dengan sayur.
Ini bukan minta tolong pakcik memancing ikan ambil gambar, guna self-timer dan tripod saja.
Ya, pulanglah! Makan sudah, menembak sudah, membasahkan seluar pun sudah. Sudah-sudahlah.
Oh, baru tahu ada jalan lebih dekat ke kereta! Tapi kami fikir, curam juga kalau mahu turun bukit dengan barang yang berat dan macam-macam.
Apapun, selain letih, kami seronok dan misi eskapism ada sikit-sikit tercapai. Yang penting, saya dapat teman baru, dan ya, saya lebih menghargai Bintulu.
Lain-lain gambar ada di sini. Dengan pengolahan lebih mantap.
Comments