Other things may change us, but we start and end with the family,
(Gambar dari Google Image)
Sudah tiba saya di bumi bertuah Melaka ini, alhamdulillah. Baru sedar komputer adik saya tiada Photoshop, maka gambar yang saya ambil sepanjang jalan pulang tidak dapatlah dimuatnaik kerana saya sudah sangat termanja dengan pengolahan gambar dengan PS. Maaf. Bahana teknologi.
Berada di rumah dengan pintu dan tingkap terkatup kerana ada seekor kucing jalanan yang termengandung dan baru melahirkan anak-anak dan mahu menyeludup masuk dan menyorokkan anaknya di mana-mana celah rumah kami. Emak tidak mahu itu berlaku, kerana sepanjang pengetahuan kami, dia (kucing ibu itu) bukan ibu yang berpengalaman. Kelahiran pertamanya, anak-anaknya dibiar mati tanpa disusu. Dan kebetulan rumah kami berdekatan jiran yang punya anjing, maka dia langsung tidak protective terhadap arwah anaknya. Juga, dia kurang sensitif, sering membawa kekasih masuk dalam rumah dan bermadu kasih dalam rumah, kekasihnya pun bukan jenis yang senonoh, sering kencing merata-rata, sesuka hati. Sebetulnya emak sudah sediakan kotak dan jaring sangkar kucing di luar, lebih selamat dan bersih, tapi dia memilih. Sudahnya siapa mahu layan karenah sebegitu.
Sementelah saya seorang yang alergi bulu kucing, lebih-lebih anak kucing yang aktif menggigit kaki, maka saya agak seram sejuk juga takut-takut ada yang terlepas masuk dalam rumah. Maaflah, jika ada peminat kucing di luar sana merasakan ini satu layanan kejam, tapi sebenarnya bukan. Kucing itu liar, dan sering membuat onar. Cukuplah cerita ini. Panjang pula ulasan tentang kucing.
Oh, saya tidak sabar mahu menyaksi dan menghadir diri majlis kahwin sahabat seorang ini. Membilang hari.
Comments