Japanese love the culture of food. But we have to be careful. We don't want to lose sight of the need to eat right.
Zul kerja hari ini, menatijahkan saya terlebih rajin menulis blog hari ini.
Selepas pulang dari kenduri Marliza di Rawang tempoh hari, saya bermalam di rumah abang, di sekitar Taman Equin, Puchong. Sebelum tiba rumah, abang berkenan mahu belanja kami makan. Secara rasmi, setelah bertukar kerja baru. Kami singgah di Jusco Aeon Seri Kembangan, abang tanya mahu makan apa? Saya dan Dya yang pening-pening lalat, tidak dapat fikir mahu makan apa (saya; kerana sudah lama tidak menempuh trafik Kuala Lumpur yang memeningkan, dan Dya; kerana baru lepas IELTS exam). Maka kami ikut saja cadang abang makan di Teppanyaki.
Kebetulan saya belum pernah makan makanan Jepun itu, (kerana skeptikal dengan kehalalan dan kementahan makanan Jepun), dan menurut abang, Tepanyaki mengamalkan konsep halal dan non-pork foods, dan makanannya tidak mentah (bukan seperti sushi), maka kami duduklah depan encik tukang masak yang bermuka serius itu, kerana kerusi lain sudah penuh. Sedia-sedialah dengan percik-percik makanan yang dimasak, ya, pesan abang. Tak kisahlah, kami sudah lapar, dan agak teruja mahu mencuba makanan baru.
Menunya sama saja, maksud saya rasanya sama saja kecuali boleh pilih mahu nasi, atau mee, atau tanpa apa-apa. Boleh pilih antara daging, ayam, sotong atau ikan salmon untuk dimakan dengan karbohidrat tadi. Kami semua pilih nasi; dan saya, Dya dan abang pilih ikan salmon, sotong dan daging, masing-masing. Agak cepat juga encik chef ini masak, mungkin kerana bahan protein tadi sudah diperap dulu, dan konsep masaknya mudah sangat, cuma yang istimewa mungkin skill memasak yang pantas, dan cekap. Rasa? Bolehlah, makan sekali sekala. Agak ringan, rasa segar ikan dan taugeh masih boleh dikecap, dengan sedikit rasa lada sulah dan sos soya. Apa-apapun, terima kasih untuk abang sebab belanja makan, lain kali boleh cuba Secret Recipe ya?
Dya yang teruja dapat makan depan tukang masak, dan abang yang err, control?
Eh, jangan makan dulu. Belum lengkap.
Sebenarnya, saya guna lensa baru abang pada kamera lamanya. Fish-eye lens, nampak distort gambar yang diambil. Mahu cuba-cuba guna saja. Mungkin lebih sesuai dengan imej pemandangan, kerana bila ambil muka orang jadi penyek dan gemuk dan bermuka ikan sedikit. Pendapat saya saja. (Apalah yang saya tahu tentang kamera).
Comments