Love doesn't make the world go round. It makes the ride worthwhile






Untuk pasangan ini, yang kasihnya semakin bertambah dan terjalin semakin tangguh, untuk jatuh cinta kesekian kalinya, yang ikatannya dirai hujung minggu lepas dalam suasana penuh kasih sayang dan kesempurnaan, doa-doa kami semoga sentiasa bahagia, dalam barakah dan rahmah Tuhan. Marliza Yanti sahabat saya, dengan Mohd Daud yang cukup bertuah, semoga kasih sayang ini berpanjangan hingga ke syurga!


Semasa menanti akad. Cukup gemar saya dengan gambar ini. Latarbelakang sahabat baik sahabat saya, Far. Pengantin menjeling jelita.







Saat sarat dengan emosi, kasih ibu dan bapak melepas tanggungjawab.




Bahagia dia bahagia saya juga.







Hari resepsi pula.




Menjemput pengantin lelaki.






Oh, ini barisan sebahagian serikandi. Ada lagi yang lain, tidak sempat bergambar sekali. Ada yang awal, ada yang, ehem, lewat.




Saya dan Ayuni dengan Anayasmin bersama Umar yang putih sungguh, merah-merah jadi pipinya, kepanasan.





Bertambah ahli keluarga baru, bercambah kasih sayang baru.




Oh, ini gadis-gadisan yang penuh karakter, sangat setia dari majlis nikah hingga majlis resepsi.




Aha, giliran serikandi lain. Kami memang tidak pandai bergaya bebas. Segan, kononnya. Alahai.






Saya, Rina, Ina dan Fieza.



Tiada yang lebih gembira melihat sahabat ini bahagia. Terima kasih untuk Ayuni yang meneman saya menyaksi majlis ini. (kredit juga untuk abang untuk kamera yang best!) Untuk yang lain, jika mahu gambar, (ada banyak lagi), sila beritahu, nanti akan saya usahakan.








Marriage is a promise to compromise
No matter how great or small.
Though life is never perfect,
True love surpasses all.

Give freely and unconditionally.
Enjoy a life filled with mutual caring.
I wish you a wonderful marriage
With sweet joys that make life endearing.

From this day forward, may you honour your oath,
I wish everlasting happiness to you both.









Comments

Popular Posts