Pagi yang gelap, kini sudah terang
Alhamdulillah, saya sudah kembali ke bumi borneo yang hijau. Banyak cerita pulang semenanjung, tapi tiada masa. Nanti saya tempelkan gambar. Kemudian, jika sempat. Emak dan ayah mertua ikut sekali, cuti-cuti di Bintulu yang istimewa (hei, jangan mencebik ya, benar Bintulu istimewa).
Oh, sudah meninjau-ninjau blog Zul? Ada banyak gambar menarik untuk dikongsi, semasa dia di bumi sejuk itu. Gambar lain banyak di sini.
Oh, gambar atas itu, saya ambil di tandas Lapangan Terbang Bintulu. Menarik, ada bahasa Iban sekali. Anang Nginsap!
Comments