Dalam jasadku yang nyata atau maya
Harus saya selesaikan tag ini sebelum menulis tentang entri lain. Dari Cik Ayuni, saya sambungkan rantaian soalan, maka inilah.
Lima hadiah impian saya, dan alasan saya mengimpikan mereka:
1) Pasta Master, yang super serbaguna, boleh mengadun mee, laksa, spageti, (dan pasta lain), menguli roti, adunan kuih dan biskut, dan memudah kerja-kerja di dapur. Boleh mengurangkan pergantungan pada barangan dari kedai, boleh membikin makanan segar tanpa pengawet. Alahai, hampir sempurna mesin ini. Perlukah saya huraikan lagi kenapa saya perlu ada satu?
2) Waffle Maker, kerana saya jauh dari Warta Bangi, sumber Wafel tersedap dunia (dunia sayalah), maka saya perlu ada satu. Untuk sarapan pagi atau minum-minum petang. Untuk dimakan dengan double fillings seperti peanut butter dan coklat, yang akhirnya akan cair dalam kerangupan wafel buatan sendiri. Ahhh!
3) Sunglasses, kerana saya perlu perlindungan dari terik matahari, dan kerana saya rabun cahaya
4) DVD Box Set FRIENDS, mengapa saya perlu satu? Kerana saya obses amat dengan siri ini.
5) Crocs Patra, sandal impian yang belum ada rezeki memilikinya. Boleh digunakan untuk hampir ke mana-mana. Pasar, berjalan-jalan, aktiviti sosial, travelling, banyak lah. Cantik pun cantik, kan?
Lima impresi terhadap orang yang diminati:
Terlalu bijak, seimbang dunia dan akhirat, sangat tepu dengan ilmu maka terlalu banyak yang mahu dikongsi, sentiasa rendah diri, punya imej yang disenangi dan sangat mudah untuk didekati (approachable).
Siapa? Beliau saya kenali pertama kali ketika mengikuti Kursus Nadwah Kepimpinan Islam di SMAP Labu pada 1998, ketika pembentangan Kertas Kerja Berkenaan Kepimpinan Islam. Bertemu lagi, ketika mengikuti Kursus Tamadun Islam di UKM, dan menjadi lebih dekat ketika belajar dan bersoal-jawab dengannya dalam kelas postgraduate, Research Methodology. Kagumnya saya pada insan hebat ini bukan dibuat-buat. Ia terus terlintas dan jadi terkesan dalam diri, mahu mencontohi beliau.
Perkara paling hebat pernah dilakukan untuk anda:
Mencurahkan ilmu terus ke jiwa dan terkesan sampai hari ini. (Dan membalas email saya, personally)
Lima ciptaan paling digemari:
1) Tubuh manusia, (tubuh badan sendiri sebetulnya)
2) Natrium hipochlorite, clorox, peluntur dan sahabatnya.
3) Santan. Hebatnya siapa yang menjumpai dan mengetahui santan boleh dihasilkan daripada kelapa yang diparut dan diperah. Santan yang menjadikan bermacam-macam makanan lazat dalam dunia.
4) Ketupat, segala macam ketupat yang dianyam dalam daun. Hebat orang dulu-dulu mencipta makanan dalam anyaman yang sungguh berseni. Sedap pula tu.
5) Internet, alahai, sungguh saya telah termanja dengan ciptaan hebat ini.
Sebetulnya idea dan ilham itu asalnya dari Yang Maha Pencipta, Maha Hebat!
Lima perkara yang paling dibenci:
1) Berucap atau bercakap, atau membuat pembentangan di depan orang ramai
2) Manusia yang tidak tahu menghargai
3) Manusia yang ignorant, dan bodoh sombong
4) Manusia yang tidak mahu beratur, tiba-tiba potong barisan dan konon-konon jadi orang paling penting dan perlu jadi orang paling perlu dilayan.
5) Uncertainty situation
Lima orang yang anda mahu tag ini disambung
Comments