Dari Kidurong ke Bukit Bintang, dan Kangkar Tebrau ke Banda Hilir


Ini entri penuh dengan gambar-gambar. Saya ingatkan awal-awal. 

Pulang semenanjung minggu lepas. Sebetulnya meneman Zul yang punya kursus di ibukota. Terlanjur di semenanjung, kami mencuri-curi masa pulang ke kampung. Kampung saya lah. Zul rumah asalnya di bandar. (Itu yang saya percaya). 

Kronologi cuti-cuti bermula dengan bermalam rumah abang. 



Ini bukan di rumah abang. Tapi di Kenny Rogers. Singgah makan dulu, dan ada sembang-sembang macam-macam cerita. 

Macam biasa, cubaan saya untuk mengabadikan makanan dalam gambar. Mahu meniru cubaan abang seperti yang ini, tapi saya kurang sabar dan err, kurang skill. Maka ambil satu saja.

Oh, ini sementara menunggu kenderaan rasmi kami di ibu kota. Monorel lah, apa lagi. Selain itu kami jalan-jalan kaki dan naik komuter saja.

Ini bergaya tanpa malu di lorong antara Low Yat Plaza dengan Times Square. 


Oh, ini sudah di Johor Bahru. Sempat berkunjung ke apartment cantik Marliza dan Daud. Cantik! Saya suka. Dan sudah mula bersetuju dengan Zul yang memang mahukan sebiji apartment. Tak perlu potong rumput, tak perlu sapu laman, tak perlu uruskan sampah depan rumah. Bunyinya macam pemalas, kan. Eh, tapi mana mahu tanam pokok cili dan serai saya?
Marliza nampak berseri-seri sementara saya, err, chubby.
Sebelum bertolak ke Melaka. Latarbelakang Stesen Bas Larkin. 

Ini sudah di Melaka. Aktiviti sepetang di Melaka. Sempat melawat Masjid Terapung di Pulau Melaka. Menurut Iji (adik lelaki saya itu), hanya ada dua makmum untuk masjid tersergam indah itu waktu kami datang. Kami mahu tunggu untuk solat, tapi waktu masih awal. Sayangnya, Pulau Melaka hanya satu pembaziran jika tiada manusia yang mengguna tanah yang luas ini (dan masjid yang Subhanallah, cantik!).


Oh, itu saya. Gembira setelah bertahun-tahun mahu merasa cendol yang terkenal ini, akhirnya jumpa juga. Saya suka gambar ini. Ada gambaran kepelbagaian kaum dari pelosok negara. 

Kan saya sudah beritahu, cendol ini, terkenal. 


Cekap juga encik pembuat cendol ini. Dengan pelanggan yang berlumut-lumut, kami dapat cendol kami tidak lebih dari 7 minit selepas memesan. Cekap. Siap ada tag nama lagi.

Ini cendol campur yang saya pesan. RM2. Sedap! Tak kisahlah makan tepi jalan pun. 

Iji, saya dan Huda. Sesudah makan cendol. Emak ada dalam kereta, makan cendol. 

Tiba-tiba ada bas double-decker di Melaka. Ada tulis LONDON TRANSPORT lagi. Apa yang LONDON TRANSPORT buat di sini. Sini Melaka, lah! 

Oh, kami juga sempat naik Menara Tamingsari yang tinggi 80 meter itu. Untuk warganegara Malaysia, tunjukkan Mycard, dapat harga RM10. Jika bukan, kena RM20 untuk dewasa.

Rupa-rupanya emak gayat berada di tempat tinggi. Menurut emak lagi, pemandangan dan pengalaman di atas ini dengan kadar pusingan perlahan memang seperti imitasi mimpinya. Kalau boleh dia mahu terjun dan selamatkan diri. Lain kali kena bawa ayah, kalau ada hero mungkin emak kurang takut (menurut ayah lah).

Gambar wajib, gambar wajib.

Nampak latarbelakang Banda Hilir dengan jelas dari atas sini. Cantik. Walaupun tidak nampak seluruh Melaka, pemandangan ini pun sudah cukup menakjubkan. Saya suka dinamik gambar ini. 

Bergambar depan bas double-decker-London-wannabe ini.

Aktiviti wajib Zul jika Iji ada di rumah.


Dan akhirnya pulang semula ke Bintulu. Ini di KLIA. Bukan di Bintulu. 


Seronok pulang semenanjung. Sayangnya adik saya Dya itu ada seminar pula di ibu kota ketika saya pulang Melaka. Lagi seronok kalau ada kak long dan famili. Lain kali boleh rancang-rancang aktiviti lebih menarik, Insyaallah.

Comments

Popular Posts