If you watch a game, it's fun. If you play it, it's recreation. If you work at it, it's golf.



Dalam batuk batuk dan berat kepala, boleh lagi setuju main futsal semalam. Punyalah desperate nak bersukan, berpeluh dan bakar-bakar lemak. 

Jumpa juga barisan sangat panjang kereta-kereta mahu memenuh tangki minyak. Aduhai. Naik lagi. Harga.



Tidak cukup orang pun untuk dua pasukan. Main sembilan orang, mix team.


Ada gelanggang baru sebetulnya, dengan synthetic turf yang selesa, dan kalau jatuh pun tak sakit.



Rindunya mahu main-main dengan serikandi. Punyalah lama tak main sukan bergelanggang, sepuluh minit awal saya sudah kelelahan. Itulah sebab saya suka jaga gol saja. Tak perlu lari-lari sangat. Kan?


Comments

Popular Posts