All happiness depends on a leisurely breakfast

Waktu makan yang amat saya suka dan nikmati, pastilah sarapan pagi. Mujur Zul juga seorang pengamal sarapan tegar. Dan antara pembuka selera yang selalu saya buat adalah roti panggang. Siapa pun tentu setuju dengan saya bila tiba bau roti yang wangi lagi menyegarkan, dipanggang, memang mengujakan!

Ini sarapan pagi tadi. Sandwic sardin, versi panggang.



Sandwic Sardin

1) Tumis bawangan (kecil dan putih) yang dihiris sehingga wangi.
2) Masukkan cili kisar 2 sudu, gaul hingga garing.
3) Masukkan sardin dengan sos tomato yang merendaminya, gaul sebati dan rasakan dengan garam dan sedikit gula (jika suka). Masak hingga garing kesemuanya.
4) Masukkan hirisan bawang besar, dan gaul sebelum dipadamkan api.
5) Sapu roti dengan mentega atau marjerin, intikan dengan sardin tadi.
6) Kepitkan dan panggang sehingga garing, atau terpulang pada citarasa masing-masing.
7) Hidangkan dengan secawan kopi panas, waktu pagi sejuk gerimis ini, wah, lazat!


Versi sandwic sedikit hangus-garing ini, kalau orang putih panggil, well done.


Oh, jika mahu buat sandwic begini harus ada pemanggang roti pengepit. Yang orang lepas kahwin selalu dapat itu lah. Selamat mencuba!

* Tajuk entri adalah petikan kata-kata seorang John Gunther.

Comments

Popular Posts