Kita nyanyi setelah hujan, kita mimpi selepas hujan

Hari ini sejuk-sejuk dingin bila hujan turun sejak malam tadi masih ada titis-titis kecil berbaki. Sejuk. Jadi sedikit malaslah. 

Tapi resepi ini bukan hidangan tengahari hari ini pun. Ini saya masak ketika pulang JB tempoh hari. Resepi paling mudah jika mahu menambah lauk utama. Udang Goreng Kunyit.

1) Tumis bawang merah dan bawang putih (beberapa ulas, yang telah dihiris), sehingga wangi.
2) Masukkan kentang (sebiji, yang dihiris nipis), dan masukkan sedikit air untuk mempercepat proses mengempukkannya.
3) Agak-agak sudah empuk kentang itu, masukkan udang (yang sudah dibersihkan dan digaul kunyit dan garam).
4) Gaul rata, sehingga udang masak.
5) Masukkan cili hiris, gaul sebentar dan tutup api. 

* Boleh masukkan sos tiram sedikit jika suka. 

Mudahnya masakan ini. Tapi boleh mengganggu jika kentang kurang empuk, jadi, pastikan kentang betul-betul empuk sebelum masukkan udang, ya?



Untuk udang saiz besar, memang sesuai. Kalau udang-udang anak yang kecil-kecil itu, kurang sesuai untuk masakan ini.




Cubalah. Mudah sangat. Sekian.


* Tajuk entri adalah secebis lirik lagu Setelah Hujan, oleh Search.

Comments

Popular Posts