Anak ayam turun sepuluh, mati seekor; mati seekor tinggal sembilan
Semalam saya buat hidangan bukan-nasi untuk berbuka. Saja-saja tukar selera. Resepi terinspirasi dari food journalist yang memang saya kagumi, memang resepi ayam ini mudah, dan kena dengan selera kami berdua yang memang terlalu suka bawang putih. Selain ayam, ada kentang lenyek, yang memang menjadi basahan (kerana mudah disediakan), kobis dan lobak kukus, dan roti panggang. Terima kasih kepada Zakiah untuk resepi mudah dan lazat ini (yang juga merujuk resepi asal dari allrecipes.com).
Ayam bakar dengan bawang putih dan oat.
1) Cincang halus 3 biji bawang putih, gaul dengan 2 sudu besar minyak zaitun (atau minyak sayur, bergantung kepada berapa banyak ayam yang akan dipanggang).
2) Masukkan bawang putih dan minyak ke dalam microwave dan masak selama seminit-seminit setengah. Keluarkan, gaulkan sedikit garam, serbuk paprika atau lada sulah.
3) Salutkan ayam dengan campuran tadi, dan salut dengan oat atau bread crumbs.
4) Bakar dalam ketuhar (yang telah dipanaskan) selama 10 minit setiap bahagian pada suhu 220 darjah celcius.
5) Sedia untuk dihidang.
Kentang lenyek
1) Rebus kentang yang dipotong 4, dengan sedikit garam, sehingga kentang empuk.
2) Toskan kentang, dan lenyek dengan garfu (lebih bagus jika ada potato masher) sehingga tiada ketulan besar, masukkan sedikit mentega untuk melembutkan kentang.
3) Taburkan sedikit lada sulah jika suka.
4) Sudah sedia untuk dimakan!
Kuahnya
1) Panaskan sedikit mentega bersama sedikit minyak
2) Masukkan stok ayam, dan sedikit garam, gaul sebati.
3) Masukkan satu sudu besar tepung gandum, kacau sebati. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
4) Siap!
Bagi yang suka ayam, tetapi mahu menjaga garis pinggang, ayam ini memang sangat dicadangkan. Tetapi bagi sesiapa yang tidak kisah tentang kalori segala, selain bakar, ayam ini boleh juga dideepfry. Terpulang, kedua-duanya lazat. Cubalah!
Selamat berhujung minggu!
Comments