Teratak mahligai bak dipayung teduhnya
Bila budi melingkar anak asuhan
Adat yang lama berbudi berbahasa
Akar kehidupannya



Tiba-tiba saya terlalu suka dengan lagu-lagu Irama Malaysia yang dinyanyi Siti. Bukan sekadar liriknya sarat dengan makna, malah susunan lagunya sangat lazat. Malangnya bila cuba muat turun dengan Limewire, tidak banyak yang ditawarkan. Saya suka lagu Joget Pahang, selain mengingatkan kepada episod pertunjukan menari sewaktu zaman Tadika dulu, sangat meriangkan dan, menarik. 


Saya juga terkesan bila menonton Akademi Nasyid baru-baru ini, kerana selain panel Juri yang bijak dan jujur, peserta yang memang benar-benar mahu menyampaikan Nasyid, lirik lagu Nasyid itu boleh sampai terus dalam hati. Lega bila ada rancangan sebegitu, Juri yang dipilih adalah yang bijak menyampai dan memberi teguran penuh hikmah. Kerana saya percaya dakwah bukan perkara main-main. 

Silalah tonton bersama, malam minggu ini, ya?

Eh, ke mana arah entri saya kali ini? Oh, intipati mesej dalam hiburan. 

Selamat berhujung minggu!

Comments

Popular Posts