Salam Ramadhan!





Semoga Ramadhan tahun ini, ya Allah, Engkau pinjamkan kesihatan,
kekuatan dan kesabaran untuk kami manfaatkan sepenuhnya dari awal hingga akhir,
semoga hati kami ikhlas dan redha untuk menempuhnya,
semoga hati-hati kami bersih dari sebarang keluh dan noda,
semoga kami dapat dipinjamkan masa dan tenaga untuk bertadarus dan berterawih,
semoga nafsu kami terkawal dalam berbelanja dan berbuka,
semoga hati-hati kami ini terlindung dari amarah kanak-kanak yang berlari-lari dan bermain-main ketika terawih, 
dan semoga ahli keluarga kami juga dipelihara walau di mana mereka berada,

Amiiin ya rabbal a'lamin.





Selamat menyambut Ramadhan, dan bersama-samalah kita mengimarahkannya. 

Gambar ketika singgah solat di Mosquée de Paris, di Paris. Cerita dan gambar semasa di sana, menyusul beberapa entri lagi. (Wah, tidak habis-habis dengan cerita dan gambar, ya?)

Comments

Popular Posts