Siri London : I

Kami tiba di Heathrow lebih kurang pukul 4 petang, (di Malaysia sudah 11 malam), selepas lebih 13 jam perjalanan. Dalam kapalterbang, dua-dua kami tidak tidur banyak, entah kenapa. Saya sempat layan dua-tiga filem. (Oh, krew MAS memang cemerlang. Meski saya duduk di kelas ekonomi, dan Zul di kelas bisnes, saya sangat selesa dan sentiasa kenyang).


Mujur saya duduk di tepi tingkap, dan sebelah menyebelah saya kosong, Zul rajin lah jenguk-jenguk saya bila dia bosan. Perjalanan lancar, syukur kami tiba tanpa ada masalah. Cuma itulah, kurang tidur. (Tapi saya puas hati, sempat habiskan Over My Dead Body, Forrest Gump, dan dua-tiga siri Everybody Loves Raymond).




Di Lapangan Terbang Heathrow yang ada 5 terminal, sangat besar. Dan sangat sibuk.



Selesai urusan imigresen dan bagasi, kami ke Backpackers Hostel yang memang ditempah awal-awal, kerana kos tinggal di hotel paling bajet pun sangat mahal. Selepas check-in, tinggalkan beg, kami terus naik underground ke Oxford Street yang dibarisi oleh designer's boutiques, sementara hari masih cerah. Musim panas di sini, ada waktu siang yang panjang, Subuh awal, pukul 2.30 hingga 5 pagi. Cerah hingga pukul 9.30 malam, dan barulah Maghrib.




Dalam Underground/tube ke Oxford Street.


Di Oxford Street. Ramainya orang Arab. Menurut Zul, waktu musim panas di Timur Tengah terlalu panas, maka bagi mereka yang mampu, larilah ke London yang sejuk (walaupun waktu musim panas). Saya agak jetlag dan ngantuk, sebab kalau ikut waktu Malaysia memang waktu tidur.



Sebenarnya Zul mahu ambil gambar belon unik dalam Selfridge itu. Ada budak pening ini pula mahu masuk gambar.



Pengalaman tidur di backpackers hostel paling tidak dapat kami lupakan. Saya tidur dalam dorm bercampur lelaki, dengan tudung. Ada sepuluh orang, sempit dan panas (dan busuk sikit sebab ada orang tak mandi). Kami memang berazam keluar pagi-pagi kemudian hari dan tidur ala kadar melepaskan kantuk. Selesa memang tiada, bangkit solat Subuh tengah malam dalam keadaan sempit dan berdengkit-dengkit sebab semua orang masih tidur (pukul 2-3 pagi, memanglah kan). Awal pagi, kemas barang cepat-cepat terus check out. Lega.




Ini dalam perjalanan ke stesen tube, selepas keluar dari mimpi ngeri. Saya paling suka bunga-bunga di sana. Sentiasa ada di mana-mana, cantik! Lihat muka saya gembira, dan sila abaikan baju saya yang kelihatan busuk. Malas mahu tukar dalam bilik air sempit di backpackers hostel itu.





Di Baker Street, stesen pertama dibina untuk sistem underground.






Bergambar depan Madame Tussauds. Tak masukpun, rasa tak berbaloi harga tiket mahal. Kami letak beg di Hotel Sherlock Holmes, sangat dekat dengan Madame Tussauds. Hotel ini memang disediakan untuk Zul (oleh majikannya), maka ada kelegaan kewangan dan perasaan di situ. Belum boleh check-in sebab awal sangat. Maka belum boleh mandi dan tukar baju busuk itu.



Kemudian jalan-jalan lagi. Sengaja ambil gambar ini. Di Victoria Station. Jangan, jangan tanya pasal steak di sini. Memang tiada.



Oh, saya suka gambar ini. Elevator di stesen tube memang sangat curam. Sebabnya? Underground memang bawah tanah, (terima kasih Kapten Obvious)




Dalam Tate Britain. Menarik, cuma banyak sangat pameran lukisan, kalau mahu tengok semua memang tidak cukup sehari.



Latarbelakang Tate Britain. Kami masuk pun sebab percuma, selain mahu melihat-lihat koleksi dalamnya, lah.





Depan Big Ben, di kawasan taman. Entah siapa yang jadi tugu saya pun tak pasti. Di sana memang banyak patung. Atau tugu.



Depan Big Ben lagi. Waktu ini sedang hujan, maka berhenti berjalan sebentar. Bersebelah dengan jam besar ini adalah House of Parliament. Sangat besar bangunan ini, dan struktur arkiteknya sangat hebat, dengan ukiran yang terlalu terperinci. Pening kepala saya.



Ha, sudah check in hotel. Terlalu lega dan selesa sampai kami tertidur dari pukul 3 petang hingga 9 malam. Jetlag dan letih. Ruginya, bila bangun, semua kedai sudah tutup dan tube pun tinggal sikit yang beroperasi. Mujur ada bas 24 jam.




Oh, sudah sedikit segar dan wangi. Esoknya kami berhempas pulas mencari restoran ini. Fifteen, untung-untung jumpa Jamie Oliver. Tapi tidak untung. Mujur menu sarapannya ada ikan (dan menu untuk vegetarian). Alang-alang sudah di London.



Depan Fifteen, ada pengunjung yang baik hati ambilkan gambar kami (selepas Zul ambilkan gambar mereka).




Naik London Eye pula. Mujur hari cerah dan tidak kelabu awannya.




Dalam tiub London Eye.



Dapat lihat Big Ben, House of Parliament, Tower Bridge, Sungai Thames yang keruh, sebahagian SouthBank, dan Bandar London dari atas. Cantik!



Kan saya dah kata, banyak tugu di sana. Ini tugu Encik Sherlock Holmes. Depan hotel kami menginap itulah.



Menunggu hidangan di Puccino's, di Euston Station. Ketika ini sudah mahu bertolak ke Chester, dengan keretapi. Saya dan Zul tidak perasankan yang restoran ini sangat sarkastik. Bila duduk dan menunggu, baru sedar. Contohnya, cawan teh, di bawahnya ada tulisan 'please smack down me really hard, no one cares'. Haha.





Paket gula pun ada tulisan menarik. Sila klik pada gambar untuk baca. (seperti brown sugar:for snoobs, and white sugar: for commoners) Serba salah mahu ambil mana satu.


Salah satu poster yang menarik. Banyak lagi tampalan dinding yang menyakitkan hati, tapi menarik. Haha.
Ini catatan mengikut kronologi perjalanan kami. Ada lagi catatan di London nanti saya sambung. Selain bermalam di backpackers', pengalaman lain semuanya menyeronokkan. Selepas ini, di Chester dan Langollen.
Sampai nanti!

Comments

Popular Posts