The traveler sees what he sees. The tourist sees what he has come to see.
Kami tiba di Chester setelah 2 jam lebih perjalanan dengan kereta api, (transit di Crewe). Saya tiada apa-apa ekspektasi tentang tempat ini memandangkan ekspektasi tinggi hanya membuat kita lebih kecewa jika realitinya jauh dari yang disangka. Cuaca masih sejuk-dingin walaupun matahari memancar cemerlang. Impresi pertama saya, pekan kecil ini suasananya lebih tenang, bandarnya bersih, dan manusianya tiada yang terburu-buru mengejar masa seperti di London.

Kami menaiki teksi, dari Chester ke Llangollen yang memakan masa hampir sejam. Sepanjang waktu Zul bekerja, saya hanya duduk di bilik menonton TV dan ulang-ulangkaji tentang Paris (dan bahasa Perancis saya yang sudah berkarat).
Hari kedua, Zul selesai kerja awal, kami bercadang ke Chester melihat-lihat pekan transit kami sebelum ke Llangollen.
Chester merupakan salah satu wilayah di Wales. Sebelum ke sini, saya tidak tahupun bahawa Wales merupakan kawasan yang berbeza dengan England. Bagi sesiapa yang tidak tahu juga, mari saya terangkan. United Kingdom atau Great Britain terdiri daripada 4 negara iaitu England, Wales, Scotland dan Ireland Utara. Chester dan Llangollen berada dalam kawasan Wales, manakala negeri-negeri seperti Manchester, Leeds, Liverpool, dan London antara yang berada dalam England. Berada di Chester adalah sangat berbeza dengan di London. Selain masyarakat yang menghuni, budaya percakapan, makanan, senibina dan bahasa juga lain.
Chester adalah salah satu negeri yang dipelihara tinggalan sejarahnya. Sejak zaman penjajahan oleh tentera Rom, pada tahun 79M, hingga zaman penjajahan Normans (Norman conquest of England). Kebanyakan bangunan sangat kelihatan Roman, dengan tema hitam putih, dengan sedikit pengaruh Victoria.





Sebelum tiba di Chester, pemandu teksi ada memberitahu Zul, ada satu favourite quote orang-orang di Wales ' When you come to Chester, either you bring your wife, or your wallet. But don't bring both'. Kerana Chester memang merupakan pusat membeli belah yang intensif, barisan butik pereka memang berderet sepanjang bangunan.
Kedudukan bangunan dan rekebantuk jalan di Chester memang unik. Dicipta pada zaman pertengahan, bangunan kedai ini dinamakan Rows, dengan dua tingkat yang bersambung dari kedai pertama hingga terakhir, di hujung jalan. Tingkat bawah, adalah beberapa anak tangga ke bawah dari paras jalan, dan tingkat atas adalah beberapa tingkat anak tangga ke atas dari paras jalan, dan laluan di atas disambung terus menerus dari satu kedai dengan kedai yang lain. Kebanyakan tanah di Chester adalah kepunyaan Duke of Westminster, dengan nama Grosvernor (nama familinya) yang memerintah Chester agak lama pada zaman Victoria.










Sudah bersedia untuk pulang. Menunggu teksi untuk ke Llangollen semula.
Selesai Chester, selepas ini Llangollen pula. Rancangan awal mahu gabungkan Chester dengan Llangollen. Tiba-tiba baru sedar ada banyak sangat gambar. Maka satu-satulah.
Sampai nanti!
Comments