Siri London : II
Esok paginya, kami keluar awal-awal pagi terus ke Covent Garden (kerana kebanyakan tempat lain belum dibuka). Covent Garden menempatkan banyak gerai-gerai menjual barang antik, baju-baju dan kalau bernasib baik dapat saksikan buskers performance di sini.
Salah satu pasar dalam kawasan Covent Garden adalah Jubilee Market Hall. Lebih kurang barang yang dijual, cuma lebih murah. Gambar kanan, saya lega dan bersyukur tangan sudah suci dari najis berat.
Ini salah satu busker yang jadi patung di Covent Garden. Jika ada orang datang dekat dia akan bergerak-gerak seperti robot. Lama dia jadi keras begitu. Menakutkan juga, tapi hebat.
Di Photographer's Gallery. Galeri sementara sebelum dipindahkan ke tempat yang lebih besar.
Kecil saja kawasan pameran kerana tingkat atas sedang diubahsuai.
Kami kemudian ke Trafalgar Square, jalan-jalan tiba-tiba ternampak restoran ini. Jom Makan, yang baru dirasmikan oleh TPM Jun lalu. Mahalnya roti canai. Enam pound setengah!
Di hadapan National Gallery, di Trafalgar Square. Masuk percuma, tapi kami tak masuk pun. Kalau masuk mesti lama.
Di Trafalgar Square waktu ini ada pertunjukan oleh anak-anak muda, sambil ada tayangan di skrin besar siaran langsung Olimpik di Beijing. Ramai sangat orang duduk-duduk di atas tangga dan atas dataran.
Pandangan merentas Trafalgar Square dari arah tenggara National Gallery.
Kemudian kami berjalan ke House of Guards, mahu ambil gambar dekat dengan pengawal berkuda, ramai sangat orang, ambil dari jauh pun bolehlah.
House Guard Parade, dengan latarbelakang London Eye di belakang.
Dari House of Guards, kami merentas St. James Park menuju ke Buckingham Palace. Ramainya orang di Buckingham Palace, kami ambil gambar dari jauh saja.
Di pintu gerbang bertentangan Buckingham Palace.
Jalan punya jalan tiba-tiba kami tersedar sudah di Knightsbridge Street, maka terus cari Harrods. Bukan mahu beli apapun, saja mahu menjenguk apa yang hebat sangat dengan Harrods. Tapi tidak sempat tengokpun kawasan memperingati Puteri Diana dengan Dodi al-Fayed dalam Harrods. Ramai sangat orang, kami sudah lapar.
Kami merentas kota London kembali semula ke Bayswater (kawasan berdekatan hostel kami mula-mula tinggal waktu sampai di London). Di sini banyak sangat pilihan makanan halal (juga ada Malaysian Hall di sini), kami yakin tempat lain pun ada, cuma sudah lapar dan tiada toleransi mahu mencari-cari lagi. Oh, saya suka gambar ini.
Usaha mengambil gambar berdua.
Sudah tiba di Tower of London.
Dalam banyak-banyak London's attraction, saya tidak pernah tahu kewujudan jambatan ini. Cantiknya, warna biru lembut, berdekatan dengan Tower of London, jambatan ini dinamakan Tower Bridge.Sebetulnya berdekatan dengan kawasan Tower Bridge, sisi Sungai Thames yang satu lagi itu ada banyak lagi bangunan menarik, tapi disebabkan saya sudah tidak larat untuk berjalan, dan hari pun sedikit renyai, maka kami berkeputusan untuk ke Oxford Street (sesi membeli belah terakhir di Primark), sebagai menutup tirai sesi lawatan di London.

Seronok campur berdebar. Zul sedikit kurang sihat sakit tekak dan panas dalam.
Cuti-cuti advencer di England dan Wales secara keseluruhannya memang sangat seronok.
Pengalaman beristinja' tanpa air di hampir semua tempat awam, bersolat dalam kereta api (yang sukarnya ambil wuduk dalam tandas yang sangat kecil dan bergerak), mengelak-elak anjing yang memang ada di mana-mana, advencer mencari makanan halal (atau paling tidak makanan vegetarian tanpa alkohol) dan boleh dikatakan kami jadi cekap membaca label bahan sekarang, mengguna hampir semua sistem pengangkutan yang ada (sistemnya sangat efisien dan cemerlang), menyaksikan orang mabuk-mabuk dan marah-marah dalam kedai makan, berusaha memahami bahasa tempatan, dan macam-macam pengalaman.
Yang pasti jadi kenangan paling manis dan menarik untuk diceritakan.
Seterusnya, cerita-cerita di Paris menyusul entri akan datang.









Comments