Mimpi yang sempurna

Lamanya saya tidak menulis. Tiada masa, juga baru tersempat mengguna internet. Saya mahu guna snippets lah, macam Tun M. Sebab mahu ringkaskan update. Ramai sudah komplen, entri ucapan raya sudah sedikit basi. (Alahai, raya kan sebulan?)


1) Hari raya pertama tahun ini kami rayakan di Melaka. Persiapannya yang seronok, tapi selepas solat sunat, kurang meriah berbanding sebelum ini. Mungkin kerana ramai pakcik makcik saya tidak pulang Melaka. Yalah, nenek sudah tiada. Meriahnya pun makin hilang.



2) Kami berulang-alik ke JB dan Melaka hampir 375 kali. Tidaklah. Saya exagerrate saja. Tapi memang banyak kali. Sampai emak dan emak mertua saya sempat berbalas kuih raya lebih 3 kali. Emak kata, besan emak yang di Baling itu jauh mahu dihantarkan kuih, besan di JB lah peluang mahu berbudi.



3) Zul sedang di London sekarang. Sebab itu saya tinggal dulu di Melaka. Dia ada kerja, dan bila pulang ke Bintulu ada beberapa hari sebelum pulang semula ke semenanjung untuk urusan lain. Maka lebih kurang 2 minggu lebih lah saya tidak jumpa dia. Rindunya.


4) Petang tadi baru pulang dari Ayer Hitam beli keperluan kahwin adik perempuan saya itulah, Dya. Lega juga barang-barang yang dicari, ada, dan murah juga. Ada beberapa urusan lagi yang perlu diselesaikan. Maka bagus jugalah saya punya peranan pulang ke rumah.


5) Ayah saya akan menjalani pembedahan mata, untuk buang selaput minggu ini. Maka mohon doakan segalanya selamat dan ayah cepat sembuh.


6) Oh, gambar di Paris mungkin akan tertangguh lagi. Maafkan saya. Kurang biasa mengguna photo editor lain, sudah termanja dengan Photoshop. Tapi saya akan cuba jugalah. Ada beberapa gambar raya mahu dikongsi juga.


7) Saya sudah gemuk. Itu seperti bukan berita baru, eh?


Nanti selesai saya install photo editor, saya kepilkan gambar ya. Hingga nanti, selamat ulang tahun lahir untuk sahabat saya Ayuni. Saya terlepas lagi tarikhnya, dengan sibuk-sibuk di rumah emak mertua. Jaga diri!

Comments

Popular Posts