Raya yang semalam

Cepatnya masa berlalu. Sementara masih ada aidilfitri berbaki sehari dua ini, saya upload lah gambar raya. Tak kisahlah sudah basi pun, alang-alang sudah ada gambar. Pun, sudah lama sangat tiada gambar dalam blog ini. (Sebetulnya jarang-jarang update).


Paling-paling untuk famili Kak Long yang jauh itu.


(dan untuk Ayuni yang mahu tahu perkembangan saya yang berjaya, juga untuk Marliza yang rindu entri busuk saya).


Silalah.


Gambar wajib tiap kali raya. Cubaan indoor photoshoot. Raya pertama, lepas Zuhur. Tengoklah abang yang tak mahu pakai baju melayu. Zul juga yang cemerlang dengan sampin. Hehe.



Ini gambar rasmi. Baru ada nada warna yang sama. Siapa entah yang lambat siap. Jadi sangat terik sampai semua orang mata kecik. Itulah, beria-ia mahu latarbelakang pokok kelapa. Kan.


Ini gambar rasmi suami isteri. Biru KEADILAN lah sikit. Hehe.


Oh, saya suka gambar ini. Mula-mula Zul suruh ayah dengan emak pandang masing-masing, mula-mula jadi serius, lepas sekejap, jadi tak tahan ketawa.


Gadisan bergambar sama. Kalau tak kenal emak, mesti ingat macam adik-beradik, kan?



Ini gambar petang raya. Bertungkus lumus masak ayam (kampung), itik, ketupat, dan menu rasmi yang wajib. Tiap-tiap raya, saya fikir, petang sebelum raya lah yang paling seronok. Cemas, berdebar, melekit, berpeluh, untuk buat macam-macam kerja sebagai persediaan last minute.


Ayah, menguruskan itik panggang. Untuk lauk Itik Masak Rempah. Lembut itik yang ini. Bukan macam yang pernah saya masak.


Emak, dan tugas tahunan rasmi, isi ketupat. Sebelum masak lauk lain.



Oh, lepas sudahkan itik, ayah kikis isi kaki lembu. Lembut juga isi bahagian sini. Murah sangat kaki lembu. Sepasang RM2. Kalau rajin mengikis (deskin) dan mencuci bersih, bolehlah beli.


Abang. Baru warm-up potong cili. Sebelum basuh daging itik, rebus ketupat, dan potong pokok pagar.


Oh, ini tangan saya. Anyam daun ketupat adalah antara aktiviti paling saya suka tiap kali raya. Saya jadi sampai menggigil excited kalau ada banyak daun ketupat. Hehe. Tidaklah. Sampai menggigil. Cuma excited.


Zul dan Iji bertugas uruskan lima ekor ayam. Mula dari sembelih, buang kulit, cuci, sampai selawat. Sebagai first timer, cemerlang jugalah Zul. Sampai terpercik darah ayam pada baju. (Eh, dah dua kali puji ni, kenapa?)


Itu, saya dan Dya. Masih menganyam (sambil bergosip).


Oh, buat-buat tekun lah tu.


Iji dengan ayam.

Itulah sedikit gambar sekitar raya. Lain-lain gambar masih ada pada Zul. Ini cubaan saya untuk guna Photoscape. Mudah jugalah. Cuma lain dengan PS, terkial-kial jugalah masa awal-awal.

Akhirnya, dapat juga saya update dengan gambar raya. Hingga saya sempat bercerita lagi, jaga diri!

Comments

Popular Posts