Besides winning, the most fun thing is getting out there and mixing it up
Sudah lebih tiga hari, sejak kami selesai pengembaraan cari harta karun. Letih dan sengal kaki masih ada sikit-sikit. Itulah, sudah diberitahu supaya cukup fit untuk tugasan mental dan fizikal. Saya yang malas bersenam.
Alhamdulillah, daripada 34 kumpulan yang masuk sama-sama mencari, kami dapat tempat keempat. Tak sangka juga. Tapi menurut Zul, target asalnya supaya dapat tempat tiga teratas, sekurang-kurangnya, kerana permulaan kumpulan kami agak baik. Tapi sebetulnya, tempat keempat pun sudah cukup syukur. Dapatlah duit untuk isi minyak pulang ke Bintulu semula, kan.
Yang penting bagi saya, keseronokan dan komitmen dari semua pasukan sudah mula dirasai waktu taklimat malam Khamis lagi. Dengan costume yang sangat meriah, tagline dan sebagainya.
Saya jadi lambat update bukan apa, kerana kami memang tidak bawa kamera yang berat dan tidak mesra-treasure hunt itu. Tunggu orang upload dalam facebook dan emel sajalah. Ini yang setakat ini saya dapat.





Ini tugasan terakhir. Zul kena makan lima ketul hati ayam yang besar, blindfolded, sambil kami beri arahan dari jauh untuk Nizar suapkan. Kesian Zul, sampai kering-kering tekak.
Sekali lagi, kerana ini bukan dari kamera kami, maka kredit gambar untuk pemilik gambar (Faqrimy, Helmie, Alex dan Yusrizal). Jadilah, buat berkongsi cerita, kan?
Comments