Know who you are, but who am I?


Saya tidak punya banyak masa untuk menulis entri ini, meski secara ironinya saya punya sangat banyak masa di bilik. 

Komputer riba ini akan keputusan bateri bila-bila masa. Saya mahu bergegas membeli bubur ayam McD untuk makan tengahari Zul (dan saya), lagi 15 minit. Maka. Let's go random!

1) Saya kagum, sangat kagum dengan usaha manusia seperti Aizat dan Rosma yang berjaya dan kekal kurus dari bentuk fizikal asal, menyebabkan saya jadi terinspirasi untuk segera kurus dan sihat. Cepat-cepatlah pergi lemak!

2) Saya fikir, keputusan pihak kerajaan melarang penumpang kereta melebihi dua orang di belakang agak kurang sesuai di Malaysia, memandangkan harga kereta yang relatifnya mahal di negara tercinta ini. Perlu difikirkan lebih mendalam. Pendapat saya lah.

3) Oh, sudah tontonkah The Love Guru? Saya suka. Suka tajuk-tajuk buku Guru Pitka, antaranya 'Stop Hitting Yourself. Stop Hitting Yourself. Why are you still hitting yourself?' atau, 'You know who you are. But who am I?'. Haha. Kelakar.

4) Oh, saya macam sudah menonton 57 movie hujung minggu lepas. Mestilah saya exagerrate. Kuranglah dari 57, tapi banyaklah. 

5) Saya dan Zul sedang bernomad sekarang. Sekejap di Sepang, sekejap di Seri Kembangan, sekejap di Off-Jalan Maarof. Tapi insyaallah, saya akan sempat berhari raya korban di Semenanjung, syukur.

My time's up. Sampai sempat guna internet percuma lagi, jumpa nanti!

Comments

Popular Posts