Jemputan Memeriahkan Majlis


Doa mustajab selalu terkabul  
  Kepada Allah kita panjatkan  
  Sebelum berlangsung ijab dan kabul  
  Majlis berinai kita dulukan


Saya suka mahu menjemput kalian yang baca blog ini ke majlis kahwin Dya, (adik saya) di Melaka, awal bulan Februari. Berbesar hatilah kiranya saya, wakil emak ayah dan keluarga saya jika kalian datang sama memeriahkan majlis itu. 

Jika mahu, tinggalkan emel kalian dalam kotak komen di bawah ya, saya akan hantar kad versi virtual ke emel kalian. Oh, jika mahu privasi, hantar saja ke emel saya, axraq@yahoo.com.

p/s: Tiada majlis berinai pun, saja cari pantun ada kaitan dengan jemputan kahwin.

p/s 2: Kredit gambar oleh zulmaha

Comments

Popular Posts