kata M. Nasir, hujan pasti berhenti?


1) Hujan lebat di sini. Berhenti sekejap sekejap, dan turun lagi. Syukur, ada rezeki yang Dia turunkan. Tapi, hujan-hujan begini memang mengundang risau dan muram.

2) Saya sedih dan sangat simpati dengan musibah sahabat ini. Moga ada cahaya perak di sebalik dugaan. Allah Maha Tahu. Saya pasti.

3) Memburu kerja yang sesuai dengan saya, di sini, memang sangat sukar. Saya harap masih ada peluang menambah rezeki, dalam usaha saya menyayangi dan menghargai tanah ini. Sukar. Kadang-kadang jadi putus harap, dan jadi terlupa dengan rancanganNya. Kerja mempositifkan diri memang memerlukan kekuatan paling hebat.

4) Mahu mencari tempat berteduh lain, kerana kami perlukan suasana dan kesegaran baru di tanah ini. Setakat ini, belum ada yang sesuai. Jika ditakdirkan memang tiada, kami harap Dia beri ketenangan di rumah ini, sehinggalah kami berpeluang pulang ke semenanjung.

5) Saya terlalu mahu pulang bantu dan terlibat dalam riuh rendah di rumah, bantu siap-siapkan majlis kahwin adik saya, tapi saya juga tidak mahu tinggalkan Zul uruskan hidup seorang di sini. 

6) Saya juga mahu teruskan cerita di Paris yang dijanji mahu sambung, tapi saya jadi tersepit dengan kesedihan sahabat seagama di Palestin sana. Seperti tidak patut mengenang gembira di waktu terlalu ramai orang berduka. Saya fikir, nantilah. Bukan ada apa yang perlu dikejar, bukankah?

p/s: Gambar bunga di atas, kredit untuk Zul. Diambil ketika jalan-jalan di Banda Hilir, tahun lepas.

Comments

Popular Posts