Satu hari Sabtu dan medan tempur Bola-Cat

Saya pernah menembak. Guna M16. Betul. Waktu itu ada latihan menembak untuk semua ahli Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Laut), cawangan Johor Bahru. Selepas latihan, saya berjanji dengan diri sendiri, saya tidak mahu dan tidak akan jadi askar. Tak kisahlah kalau orang mahu bayar saya duit juta-juta pun saya tak mahu (mana ada orang mahu bayar saya, tapi ini mahu beri perbandingan saja). Saya tidak suka deruan adrenalin dalam darah ketika itu, saya tidak suka terpaksa berdebar dalam uniform kadet yang ketat, saya tidak mahu terpaksa meniarap tengah panas, saya tidak suka juga kaki saya menahan derita melecet-lecet mencari kedudukan atas padang, dan yang paling penting, dalam keadaan itu semua, saya benci keadaan dominasi lelaki yang memandang kami seperti peha ayam goreng rangup (crispy chicken drumstick). Analogi lagi. Atau mungkin paranoia saya.

Sebetulnya, keadaan begitu menghalang saya menikmati kehebatan perasaan ketika menembak. Mungkin saya suka, mana tahu? Kan.

Ada perlawanan Paintball anjuran kelab sukan tempat kerja Zul. Kebetulan isteri boleh main. Dan boleh kutip markah, maka saya cuba-cuba masuk. Memang tidak pernah main paintball pun. Mana tahu, mungkin saya boleh nikmati rasa hebat menembak.

Saya ceritakan guna gambar saja, ya?

Topeng muka. Wajib pakai sebelum main. Kita tentu tidak mahu tahu apa akan jadi kalau tidak pakai topeng muka. Menurut encik yang ajar itu, kalau tak pakai, dan kalau pelet kena mata, mata keluar, peluru pelet ganti mata. Tak mahulah ada mata pelet peluru. Pakai, pakai. 

 

Ya, sudah ditakutkan dengan cerita pelet peluru jadi mata tadi. Kami tahu.

Ada yang kreatif dan rajin dan sinikal lukis poster ini dan tampal di sekeliling medan tempur. Tapi salah eja ISRAEL.


Oh, ini Zul, hari sebelum perlawanan. Ada test-run, lawan persahabatan antara jabatannya.

Saya belajar gaya kuda-kuda dari Zul lah. Menurut Zul, gaya mesti ada. Kalah-menang belakang kira. Betul, betul.

Oh, ini semalam. Waktu saya tidak terlibat dengan pertempuran. Wangi, bersih dan er, bulat.

Sudah mula melibatkan diri dengan pertempuran sebenar. Pagi tadi. Tudung penyek tak mengapalah, topeng muka kan penting.


Saya sedang sedia sebelum mula. Kuda-kuda sudah ada.

Waktu ini saya belum tahu teknik betul menembak. Jadi lenguh bila jauhkan marker (istilah alat seperti senapang itu, yang diguna untuk tembak pelet peluru) dari badan. 

Mujur juga bunker itu besar. Memang menyorok sajalah kerja saya. Sambil menembak kalau dapat.

Salah teknik lagi. Cuba teknik submarine, sebab tak nampak langsung pihak lawan. Lenguh tangan lagi.

Secara keseluruhan, pasukan rumah saya (kumpulan perempuan) menang tempat kedua, daripada 6 rumah sukan. Syukur. Tapi bukan menang mudah. Ada banyak byproduct main paintball hari ini.

Seluar habis berlumur lumpur. Kasut futsal juga. Tapi yang peliknya, saya selesa bermain. Mungkin sebab saya orang kampung. Dulu-dulu main Bola Baling memang dalam lumpur pun. Menang juga. (Alhamdulillah). Padan muka sendiri kena basuh.

Kena tembak dekat muka. Ini boleh lah tunjuk dalam gambar. Tempat lain kena tembak terpaksa rahsiakan. Lebam, merah, sakit. 

Ini juga byproduct paintball. A joyously fun Saturday.

Kesimpulannya, mungkin kerana kurang tekanan, dan main suka-suka, juga kerana pakaian selesa, saya lebih suka paintball walaupun sistem kekejamannya sama. Berbezalah dengan M16 yang serius dan uniform yang ketat.

Saja buat catatan ini. Sementara lebam kena pelet masih merah dan perit. Nanti bila bertangguh sudah hilang semangat mahu bercerita.

Bagaimana pula hari minggu kalian? 

Comments

Popular Posts