I got a pocket, got a pocketful of sunshine


I've been stoodled! Berdebar, campur baur girang. Saya dapat tahu sejak malam (baca: awal pagi) tadi, tapi waktu itu tidak dapat lompat lompat girang sambil beritahu sesiapa. Zul sudah tidur, Marliza juga mesti sudah tidur. (Mahu beritahu orang lain, tapi sebab tidak semua tahu pasal stoodle, maka saya simpan dalam mimpi sajalah).

Apa itu stoodle? Kombinasi status-doodle, jadi stoodle. Status di Facebook yang diabadikan menjadi poskad kartun comel seperti di atas. Ahem. Sila baca selebihnya di sini, jika tidak faham.

Saja untuk suka-suka, tapi sebab ia wujud hasilan autentik dua orang warga Malaysia, terkebetulan salah seorangnya senior saya, maka saya bangga distoodlekan. Sila sila tanya Marliza. Dia faham perasaan saya. Haha.

Itu sebetulnya status Facebook saya hari Ahad lepas, selepas Encik Potong Rumput selesai potong semua rumput panjang rumah kami. Sudah hampir dua bulan dia tidak telefon (biasanya dia akan tanya dulu sebelum datang potong), maka sila bayangkan betapa panjang dan dahsyat rumput dan lalang rumah kami. 

Tapi itulah, ada sebatang pokok ulam raja yang sudah kering, yang tinggal hanyalah biji benih (daripada bekas bunga yang juga sudah kering), yang rajin jatuh, dan menumbuhkan ratus-ratus ulam raja mini di sekelilingnya. Tapi entah kenapa Encik Potong Rumput tidak potong sekali pokok bapaknya itu, walaupun pokok yang lain habis bersih. Mungkin sebab ia terlalu besar dan berkayu, maka dia malas mahu rosakkan mesin rumputnya. 

Kalian mesti faham perasaan selepas laman bersih dan rumput pendek. Macam perasaan selepas kuku panjang kena potong tiap jumaat. Atau perasaan bilik air kotor dan berlumut selepas diberus. Atau perasaan selesai mandi pancuran air, selepas berpeluh busuk dan melekit-lekit main futsal. (Banyak contoh, kalau tidak faham saya pun tak tahulah).

Saya sudahkan entri ini dengan ayat (bongkak sikit, maafkan saya), I've been stoodled, have you?

Comments

Popular Posts