Saya sudah tahu kenapa

Saya sudah tahu, kenapa saya lambat upload gambar kenduri. Sebab, tiap-tiap kali mahu pilih dan edit gambar (yang beratus-ratus itu), saya akan ambil masa, dan layan semula, setiap kali. Sila bayangkan, ada tiga sumber gambar. Satu, yang saya ambil, guna kamera abang (abang, thanks!), kedua, dari kamera Zul, dan ketiga, gambar dari kamera abang (yang abang pinjam dari kawan). Itu baru majlis di Melaka. Persiapan, malam sanggul lintang, nikah dan kenduri, dan malam selepas kenduri, dan sesi outdoor.

Walaupun bukan saya yang kahwin, memang saya jadi senyum seorang diri layan semua gambar kenduri adik saya. Bersyukurnya saya lahir dalam zaman teknologi. Kenangan dan hari penting boleh dipegun dan diulang-ulang tengok.

Meski pun banyak, saya akan cuba pilih yang terbaik yang boleh diceritakan.  Yang bawah ini, kira macam sneak peek lah. 

Gambar wajib satu famili. Susah betul mahu kumpulkan semua orang, yang paling susah mestilah emak dan ayah, sebab ramai orang mahu jumpa. Maka, bila tetamu sudah surut sedikit, barulah ada masa. Masing-masing sudah sedikit letih, meski mood masih kekal happy. Oh, saya insist ambil gambar ini, memandangkan waktu saya kahwin, gambar wajib satu famili tiada, sayangnya, kerana masalah yang saya sebut tadi. Susah mahu kumpulkan semua.

Gambar dengan si pengantin comel inilah. Satu-satunya gambar saya berdua dengan Dya, sebelum dia bergelar isteri orang. Isteri Chad. Selepas ini, sudah terlalu sibuk tak dapat, dan terlupa mahu ambil gambar berdua.

Oh, gambar-gambar di bawah ini saja-saja mahu tunjuk proses di belakang tabir. Tabir kamera lah. Saya tiba-tiba jadi back-up photographer Zul, selepas lensa kameranya ada masalah. Sayangnya saya tiada gambar Abang Emy in-action.

Zul, waktu sesi outdoor. Kali ini dapatlah candid gambar dia, biasanya saya tiada kamera lain.

Itu, saya. Prestasi memang kurang memberangsangkan. Macam dalam 10 gambar, ada satu atau dua saja boleh pakai. Biasalah, baru belajar. Tapi saya cubalah.  Waktu ini, selepas nikah.

Saya tidak mahu janji, tapi saya cubalah. Selepas ini. Gambar-gambar lain. Mungkin boleh pertimbangkan penggunaan photoscape. Lebih mudah dan jimat masa, kan Marliza?

Comments

Popular Posts