Sebelum Darul Salam

Ini baru cerita Miri. (Kepada Marliza, harap bersabar. Sahabatmu ini, selain pemalas, juga suka bertangguh. Maafkan dia.)

Kami bertolak awal pagi, berkonvoi dengan Cho dan Sue dan Atirah yang comel. 

Gambar atas kiri, cubaan awal Zul mahu pinjam Atirah, tapi mestilah dia belum mahu. Gambar atas kanan, Atirah ketika kami makan tengahari di Miri. Gambar bawah, Sue dan Atirah, di padang bola.

Ini kami, sebelum bertolak. Dipesan-pesan supaya memakai hijau. Maka, kehijauan lah kami.

Kami tiba tengahari, lepas makan dan Zuhur, lewat juga mula main bola. Bola tampar. Ini gambar benchwarmers, penyokong dan pemain.

Ini barisan pemain. Dari kiri Shazrin, Julie, saya, Maya dan Phia. Bukankah sudah dipesan memakai hijau? Akhirnya orang lain pakai biru. Ini semua salah orang kedai yang buat baju sebab salah warna. Rabun warna mungkin?

Gambar kiri, saya mengada sebelum mula main. Gambar kiri, selepas main, ada peluh peluh sikit. Nampak sungguh letih, padahal kalah. 2-1. Bolehlah. Main suka-suka. Bukan untuk olimpik pun.

Selepas bola tampar perempuan, lelaki pula main futsal. Ini gambar Zul ketika sedang berhenti rehat dan selepas. Oh, gambar saya masuk sekali sebab memang tamak bergambar. Muka berminyak dan gemuk. 

Mula-mula lelaki sepatutnya main bola sepak, tapi pihak SKO (Petronas Carigali Sarawak) di Miri kemudian beritahu padang diguna orang. Terpaksa lah bertukar ke futsal, agak kecewa sebab Zul sudah siap-siap dengan but bola mahu main. Bila futsal, kena buat tiga pasukan sebab ramai lelaki yang mahu main. 

Ada pasukan lelaki menang, ada kalah. Pun sudah maghrib bila selesai main. 

Kami singgah pasar malam di Pujut sebab sudah letih untuk keluar lagi malam untuk makan. Beli ayam golek, ikan bakar, nasi goreng, dengan putu bambu. Kemudian pulang makan di bilik selepas solat dan mandi. 

Tidur malam itu sungguh lazat. Sebab terlalu penat.

Selepas Miri, baru boleh cerita Brunei. Esok ya?

Comments

Popular Posts