Sejuklah hati yang panas ini. Sejuklah segera


Hati saya panas. Dan tidak tenang. Sungguh, saya sudah cuba menyabarkan diri. Sudah cuba terapi status di FB (terima kasih kepada yang prihatin). Sudah juga membaca ayat ayat Quran. Sudah cuba meluah geram dengan Zul, dan Marliza. Sudah. Ya sudah.

Tapi tetap tetap mereka ini menjengkelkan hati hingga ke jisim terbawah jiwa saya.

Tapi saya cuba ingat-ingatkan hadis Nabi tentang menyayangi jiran tetangga. Maka itu saya belum sampai tahap membakar tikar mereka. Atau menyembur air pada produk jemuran mereka.

Bagi yang ada dalam rangkai FB saya, pasti sudah tahu ini tentang apa. 

Cuma ada sedikit tambahan petang ini. 

Hari kebelakangan ini kan matahari sangat terik, juga kelembapan sangat tinggi. Maka bila hujan mula turun, meski pun setitis dua, sudah cukup menggembirakan saya. Tambah-tambah bila nampak awan mendung beri harapan akan hujan lagi. Tapi entah spesis apa yang tidak mahu berfikir, ada orang boleh membakar sampah merosakkan sejuk dingin dan nyaman petang ini. Sudahlah bukan setakat sampah. Entah ada getah atau apa yang dibakar sekali jadi ada bau kimia yang sungguh teruk saya rasa mahu menyumpah.

Astaghfirullah. Tuhan pinjamkan sabar. Kau beri petunjuk pada mereka, Tuhan.

Tadi hati saya panas macam minyak dalam kuali waktu saya goreng kuih keria. Tapi lepas menulis saya rasa sedikit lega. Terima kasih encik blogger.

Mungkin itu sebab saya jadi tertekan dan belum-belum mahu berkongsi gembira di Brunei. Saya tidak mahu merosakkan cerita. Mungkin.

Comments

Popular Posts