I hate television. I hate it as much as peanuts. But I can't stop eating peanuts
Gawai Gaya Guru Gerai Nyamai
Zul cuti seminggu. Dua hari Gawai, dan Jumaat ganti cuti Hari Keputeraan Agong. Hari yang dua di tengah-tengah konon-konon ambil cuti untuk balik semenanjung yang dirindui. Tapi gagal. Kursus batal. Tiket kapalterbang mustahil masih ada lagi. Tiket kapal laut. Mana ada.
Sila jangan pergi pasar waktu-waktu begini. Macam petang raya puasa bagi kita orang Islam, lah. Tapi tadi terpaksa pergi. Sebab kehabisan sayur. Dan ikan. Dan mungkin pasar tutup esok dan lusa. Mungkinlah. Saya mana tahu. Saya tak pernah bergawai di sini. Zul juga.
Silakan menangis berdua. Sebab tersangkut (stuck) di sini. Jangan marah orang Bintulu. Bintulu memang permai. Cuma jiwa kami sudah meronta-ronta mahu pulang. Sudah 3 bulan tidak pulang. Kalau duduk asrama penuh, biasalah, tiga bulan tidak pulang. Tapi sekarang bukan duduk asrama lagi. Kan.
Anak Wayang
Mahu mengubat jiwa yang sedih dan duka lara, kami sedang dalam proses maraton beberapa siri DVD. Campur-campurlah. Ada cerita kelakar, ada cerita tembak-tembak kejar-kejar konon berdebar tapi sudah tahu hujungnya apa, ada cerita perempuan-perempuan suka juga (chick flick). Bagi peluanglah. Kan. Terima kasih pada Sue dan Choe pinjamkan semua DVD. Nanti boleh rasuah karipap lagi. Haha.
Tidak ada kena-mengena pun dengan Anak Wayang program realiti itu. Saya saja tulis subtajuk begitu.
Saya rupa-rupanya makin tua. Makin menyampah tonton Melodi. Dulu tidaklah menyampah, tahap tiada perasaan saja. Sekarang saya menyampah. Macam full of crap. Mungkin saya tua. Mungkin memang betul semuanya full of crap. Itu saya. Kalau anda suka silakan.
Sekian. Dari jiwa meruntun mahu pulang. Oh, gambar itu. (Bukan) imej sebenar meja kopi ruang tamu saya. Sekarang.
Comments