Dunia ini tidak sempurna

Hujung minggu lepas, saya dan Zul berkira-kira mahu beli printer baru. Printer yang kami ada dua-dua sudah tidak berfungsi, mungkin kerana selalu terabai. Atau mungkin sudah sampai limitasi umur. Maka, jadi berkobar-kobar selepas Khairil cerita tentang printer barunya, Canon MP145, yang memenuhi ekspektasi dari segi harga, fungsi dan lebih penting, ada ciri modifikasi katrij. Jika mahu, boleh suruh orang kedai pasangkan modifikasi katrij, dan kemudian tidak perlu beli katrij mahal-mahal. CISS nama sistem ubahsuai itu. Untuk refill hanya RM10 setiap warna (ada empat semuanya), berbanding harga katrij yang original, Rm50 atau lebih. 

Hebat. Lagipun kami bukannya mahu print artwork atau grafik yang teruk-teruk. Cuma mahu print resume, atau invois, atau surat saman, atau mahu print resepi, atau kadang-kadang mahu fotostat kad pengenalan. Sebelum ini, guna printer lama saya, yang suka print belang-belang atau lebih teruk tidak keluar apa-apa. Bunyi bukan main kuat, tapi tiada hasil. Kecewa lah sedikit. Tapi kadang-kadang terpaksa hantar print di kedai atau tumpang di rumah kawan. 


Panjangnya cerita mukadimah. Padahal mahu cerita kejadian di kedai printer.

Ok, kemudian kami survey lah printer di kedai berkenaan. Di Bintulu ini, ada satu kedai komputer yang agak besar dan banyak pilihan barang dan harganya boleh tahan. Disebabkan sudah tahu jenama mana mahu disasar, maka kami lihat harga, tanya-tanya tentang katrij dan samada kedai itu boleh membikin modofikasinya, kami pun puas hati. Kami tanya semua-semua itu pada seorang pekerjanya, perempuan. Agak cekap, semua soalan pun boleh jawab dengan pantas dan meyakinkan. Memang inilah yang kita cari, kalau mahu kerja jual barang. Kalau tergagap-gagap, atau mahu tanya boss, atau tidak pasti, sila balik rumah, buat karipap lagi bagus. Eh, emo mengapa?


Kami berkeputusan belum mahu beli lagi. Jangan terburu-buru, Zul kata. Jom kita baca review pasal printer ini. Manalah tahu, ada kekurangan. Tengok rating dan sebagainya.

Baiklah. Selepas balik, baca-baca rating dan review, untuk harga sebegitu, maka kami pun setuju untuk beli. Malam esoknya, kami pergi lagi kedai yang sama. Cari-cari salesgirl yang cemerlang itu, tiada. Alamak. Tak mengapalah, mungkin ada pekerja lain yang cekap. Nampak seorang pekerja lelaki ini. Berbangsa Cina.  Kami tanyakan tentang printer itu. Dia pun layan macam biasa.

Zul: "Itu printer Canon MP145, ada stock?"

Pekerja A: "Ada"

Zul: "Yang sudah modified, yang dengan CISS itu, ada?"

Dia pergi tanya orang lain. Kemudian datang semula.

Pekerja A: "Ada satu. Itu depan punya printer"

Zul: "Kalau saya tak mahu yang itu, mahu yang baru punya, you boleh buat?"

Pekerja A: "Tidak tahu"

Tak tahu? Kami sudah mula pelik. 

Zul: "Kalau you tak tahu, siapa tahu?" 

Pekerja A: Geleng kepala. 

Waktu itu Zul sudah hampir keluar asap dari telinga. Sudahlah tidak tahu, tidak ada usaha untuk pergi tanya. 

Lepas itu baru dia tanya pada teman sekerja, pasal printer itu.

Pekerja A: "Boleh buat, tapi kena tunggu. 30 atau 45 minit."

Zul dan saya: "Bolehlah, kami boleh tunggu."

Disebabkan memang kami mahu beli, maka kami abaikan saja ketidakyakinan pada dia, Zul tanya samada dia boleh tolong modifikasi katrij untuk kami.

Pekerja A: "Terus terang saya beritau, saya pernah tengok sekali saja, orang lain buat. Saya tidak reti, bah".

Oh no. Zul pandang saya. Muka macam risau.

Zul bisik,  "Are you sure we are doing this? Takpayah beli dululah malam ni, rilek-rilek dulu lah, macam tak confident je tengok dia ni "

Kemudian saya tanya, "Ada kawan you  perempuan Melayu yang pakai tudung itu, dia ada tak? Semalam dia yang beritahu pasal printer ini, semua pasal katrij dia tahu. Dia pergi mana?"

Pekerja A: "Dia keluar."

Saya: "Nanti boleh suruh dia modified printer ni? You tunggu dialah, you jangan buat dulu"

Pekerja A: "Ok."

Tapi dia sudah mula keluarkan printer dari kotak, dan cari katrij dekat rak. Rupa-rupanya dia memang tidak tahu pasal printer itu. Katrij yang mana lebih baik pun, Zul yang terangkan (sebab sudah dapat penerangan jelas hari sebelum). Makin tak yakinlah kami.

Zul: "Bila guna modified catridge, itu warranty akan void tak?"

Pekerja A: "Huh?"

Zul: "Itu, Canon warranty itu, still valid or not?"

Pekerja A: "Huh??"

Saya: "Terbatal tak warranty, kalau guna modified catridge?"

Muka dia berubah. Macam kecil hati. Eh apasal pula?

Pekerja A: "You kalau cakap, jangan guna perkataan susah-susah ma, itu bukan semua orang boleh faham you cakap apa."

Zul: "Apa, you tak faham? Void?"

Pekerja A: "Saya, orang lain pun. Cuba you tanya dia (tunjuk kawan perempuan, nampak lebih clueless), you tahu apa maksud void?"

Kawan dia geleng kepala.

Zul: "Oh, sorry. Tapi you kerja sini, you perlu tahu la. Itu dalam warranty selalu ada tulis."

Saya dan Zul bertukar pandang. Was he for real? Habislah printer baru. Biar benar mamat ni.

Mujurlah selepas itu, dia hanya tolong pasal-pasang wayar. Kemudian senior dia datang tolong pasang sambungan CISS, dan memang cekaplah. Hilang kerisauan kami. Dia terangkan juga cara-cara untuk pastikan printer berfungsi baik dan tahan lama.

Rupanya senior yang tolong pasang itu adalah bos merangkap pengurus kedai itu. Waktu kami mula datang, bos sibuk layan orang lain.


Selepas itu baru kami dapat tahu Pekerja A itu baru kerja tiga bulan. Dalam hati saya, tidaklah baru sangat. Boleh belajar tentang printer kalau mahu, daripada duduk melangut tidak buat apa-apa. Kemudian dia buat disclaimer, bahawa dia hanya part-time. Sekarang waktu cuti. Dia seorang pelajar STPM. Kemudian lagi dia bergosip dengan kami bahawa bosnya sudah kahwin, dengan wanita berambut paras bahu, yang juga bekerja di kedai itu. Dan bosnya kahwin muda, waktu dia umur 20 tahun, sekarang sudah 20 lebih umurnya.

Amboi. Pasal gosip boss bukan main hafal. Cuba terangkan pasal printer sikit. 

Kemudian lagi Zul ada tanya dia, samada sambungan wayar katrij itu boleh tercabut? Sebab ia hanya dilekatkan dengan double-sided tape. Dia tidak faham. Zul tukar perkataan cabut kepada tanggal. Masih tidak faham. Terpaksa buat lakonan untuk bagi dia faham. Kemudian baru dia jawab.

Sungguh menguji kesabaran. Saya pelik, benarkah dia pelajar yang akan ambil STPM? Tidak ada belajar bahasa melayukah? Bahasa Inggeris pun susah faham, bahasa melayu juga susah, takkan selama dia hidup di Malaysia ini dia hanya bertutur dalam bahasa mandarin? 

Saya selalu tidak setuju dengan situasi begini. Saya sudah jumpa ramai orang begini sebenarnya. Rasa mahu halau suruh balik kampung halaman.  Bukanlah saya terlalu bongkak mahu bolot tanah permai Malaysia ini dengan kaum saya sahaja. Tapi sekurang-kurangnya, jika sudah menduduki Malaysia lebih daripada 10 tahun, cubalah letak usaha untuk mengguna bahasa Melayu contohnya. Bukannya sukar sangat. 


Bahasa saya pun bukannya sempurna. Saya beritahu Zul, kalau ada kesempatan saya memang mahu belajar bahasa mandarin. Sekurang-kurangnya saya ada usaha mahu memahami bahasa bangsa lain. Tapi saya tahu, memang bukan semua begini. Tapi bila terjumpa orang-orang begini perasaan geram itu memang banyak lah. Orang Melayu pun ramai yang tidak tahu bertutur dalam bahasa Melayu. Saya tahu. Tapi sekurang-kurangnya, cuba. Jika bukan kita yang berbahasa Melayu, takkan mahu mengharapkan orang Brunei  saja mempertahankan bahasa?


Bahasa Inggeris saya juga tunggang langgang, tapi sejak kejadian di kedai itu, saya dan Zul sekarang sedang cuba menggunakan tatabahasa dan ayat bahasa Inggeris yang betul. Itu mungkin hikmahnya kami jumpa pekerja A itu.

Kadang-kadang bila jumpa situasi begini memang senang stress. Tapi dunia ini tidak sempurna. Lebih cepat kita menerima hakikat itu, makin kurang tekanan dalam diri sendiri. 

p/s: Untuk jaga printer supaya tahan lama, print sekali setiap minggu, sekurang-kurangnya.

p/s 2: Maafkan bahasa campur-campur yang kami guna dalam perbualan. 

Comments

Asas beli printer: berjenama, murah, bnyk function: boleh print, scan, phothocopy, fax dll.

Cheers,
cheap printer ink cartridges

Popular Posts