Sky is grey, sky is grey and I'm dancing in the rain
Seronoknya dapat pulang kampung. Dua-dua, di JB dan Melaka. Meski tidak dapat lama, dan aktiviti sangat padat (macamlah sejenis seminar atau kursus konon-konon padat), tapi memang seronok. Alhamdulillah. Sudah dapat hilangkan rindu dengan orang Semenanjung, dan durian. Dan manggis. Dan siput sedut.
Ada banyak cerita dan gambar, dan resepi, tapi saya macam biasa, ada tempoh jetlag yang saya sendiri kurang faham, sementara tunggu semua baju tertunggak, kering, dan sementara dapat susun dan edit gambar-gambar yang ada.
Oh, gambar yang atas itu adalah sebenarnya sarang burung pipit. Dalam sarang ada empat biji telur kecil-kecil. Lagi kecil daripada telur burung puyuh. Tapi besar sedikit daripada telur cicak. Abang jumpa waktu potong pokok guna trimmer yang sungguh hebat, yang ayah beli waktu di sana. Sungguh mencabar ambil gambar sarang. Mahu fokus pada telur, memang susah. Putih, dan sungguh gelap di dalam sarang. Kemudian mahu fokus pada pangkal sarang, telur pula tidak nampak. Tidak cukup cahaya.
Tiba-tiba cerita teknikal.
Sampai (rajin) nanti.
Comments