Untuk waktu-waktu malas. Yang selalu hadir
Kalau kehabisan sayur. Atau mahu segera siapkan makan tengahari. Atau memang malas. Boleh buat salad ini.
Potong timun, epal, lobak merah (rebus untuk lembutkan), bawang besar, tomato, tembikai susu, saderi, dan apa-apa yang nampak wajar untuk dicampur. Gaul dengan Sos Thousand Island. Siap.
Saya punya cuma ada empat bahan pertama saja.
Selamat memulakan Rejab. Lagi tiga bulan kita jumpa Ramadhan, insyaallah.
Comments