Menjelang Ramadhan



Ada banyak adab-adab berbuka puasa berdasarkan panduan kita yang jelas, iaitu Quran dan hadis. Dr. Mohd Asri ada terangkan di blog beliau dengan jelas dari sumber yang sahih.

Selamat memanfaatkan Ramadhan, semoga Allah pinjamkan kekuatan kepada kita semua untuk beribadat dan menjaga hati, lidah dan anggota sepanjang berpuasa. Semoga Allah pinjamkan kekuatan untuk kita semua bangun sahur (dan berpagian menumbuk bawang) dan bertadarus al Quran. Semoga Allah pinjamkan sabar menghadapi tarawih dalam bising kanak-kanak nakal di masjid. Semoga tingkatan iman dan amal bertambah bermula Ramadhan ini.

Selamat menyambut Ramadhan. Maafkan salah dan silap jika ada tempias yang tidak saya sengajakan.

Comments

Popular Posts