With spirit, and dignity we stand, Tun Fatimah will always be the leader

Saya bercadang tidak mahu terlalu emosi dengan kegagalan saya hadir ke majlis ReunionSTF959 Sabtu lepas, tapi tidak boleh tidak, saya jadi terkenang semula, terutama bila gambar sudah dikongsi di Facebook, dan ada antara mereka yang memang saya tidak jumpa sejak hari terakhir bersalaman selepas kertas SPM terakhir, sepuluh tahun lalu.

Mungkin ada yang tidak faham (saya yakin ramai juga yang mencebik), what's so special being a boarding school student? Bagi yang tidak pernah berpeluang, ini pendapat saya.

Bagi saya, sekolah semuanya sama. Peluang yang ada juga sama. Secara akademiknya, siapa yang berusaha, dan rajin, dan dikurniakan Tuhan kebijakan, insyaallah boleh berjaya. Mana-mana sekolah juga. Siapa kata sekolah kampung tiada pelajar cemerlang?

Tapi bagi saya, yang membezakan pelajar sekolah berasrama penuh dan sekolah harian biasa, adalah pengalaman tinggal di asrama (secara penuh, ok, tak kelakar) dan tradisi bertahun-tahun yang diamalkan sehingga jadi budaya. Percaya atau tidak, sebarang budaya yang diterapkan pada waktu remaja, mudah untuk melekat dan tinggal jadi darah daging sehingga waktu tua.

Ok, sekarang sudah jadi karangan, Mengapa Mahu Tinggal di Asrama.

Kami (sekurang-kurangnya sekolah saya) dibenarkan keluar asrama (outing) 11 kali saja setahun. Nampak macam sikit, jangan tak percaya ada teman sekolah saya yang mengekalkan rekod outing cuma sekali atau dua kali setiap tahun. (Tidaklah kejam sangat, waktu cuti masih boleh pulang).

Tempoh waktu yang lama dihabiskan bersama sepanjang lima tahun, mestilah susah untuk disingkirkan dari ingatan, kan.

Terutama macam kejadian kena denda sujud dan rukuk 100 kali sebab tidak pergi qiamulail, kena berdiri atas kerusi dengan kaki sebelah sebab markah Sejarah yang rendah, berebut-rebut beli nasi ambang di koperasi sekolah selepas prep malam (macamlah belum makan malam), berebut berlari untuk makan tengahari sebab kalau lewat senior akan potong queue dan nanti jadi orang paling lambat dapat makan, dan yang tinggal mesti ayam atau bahagian ikan yang kurang lazat, kemudian beli air push-push lepas sekolah atau lepas kelas Add Math hari Sabtu, atau mana-mana kejadian buat-buat batalkan kelas mengaji setiap Ahad.

Kalau mahu senaraikan memang banyak.

Maka, ruginya rasa tidak dapat sertai mereka. Mungkin belum ada jodoh bertemu mereka, rezeki yang lain kali, mungkin.



Oh, saya terlalu suka gambar ini. Penuh jiwa. Gambar cantik, dan editing menarik dari Rina.


Ini waktu Srikandi Futsal Tournament (semua sekolah berasrama penuh) tahun 2006.


Pasukan kadet PKBM(L) kebanggaan saya. Waktu ini saya dalam kondisi paling sihat dan gagah perkasa (dalam konteks perempuan lah), kurus, tapi hitam sedikitlah. Kalau bermata tajam dapat jumpa saya, tahniah.


Sedang tidak sabar tunggu Marliza dan Ayunik update blog.

Sekian, acara melayan perasaan tanpa emosi yang terlalu banyak. Sikit-sikit cukuplah.


Comments

Popular Posts