Burger malaysia. Tapi adunan donut.

Sebelum digoreng, semasa tunggu doh mengembang. Comel kan. Macam pau pun ada.



Bila masuk dalam minyak panas, lagi kelakar sebab makin bulat secara otomatik. Terkekek-kekek saya ketawa sebab dia makin lama makin gemuk.

Produk akhir. Ngap ngap.

20 hari baru boleh tulis entri baru, padahal bermacam-macam perkara sudah berlaku.

Termasuk kepulangan awal saya ke rumah emak ayah di Melaka.

Ya, saya sudah pulang, lebih awal untuk bersalin. Bukan untuk bersalin awal, tapi sedia-sedia andaikata encik penerbangan tidak mahu terima jika sudah terlalu gemuk untuk naik kapalterbang.

Gambar di atas itu sebetulnya adalah gambar kuih burger malaysia yang kami buat waktu saya pulang Melaka sebelum ini. Haha, sila gelakkan orang suka bertangguh ini. Sudah pulang ke Bintulu dan pulang semula ke Melaka baru dapat kongsi gambar kuih.

Adun guna breadmaker emak, tapi sambal buat sendiri, maka mestilah akan bubuh sambal banyak-banyak sesuka hati.

Sambal tumis ikan bilis dan sambal telur ikan. Tapi ilustrasi hanya yang ada sambal ikan bilis.

Lazat. Saya memang suka kuih-kuih begini. Pendek kata sebab ada sambal.

Melaka, sambal. Janganlah dipisahkan.

Saya tidak kongsi resepilah, sebab resepi sama dengan donut, cuma dibentukkan tanpa lubang bulat di tengah seperti donut.

Resepi sambal, er, tak perlu jugalah ya. Semua orang kan pandai buat sambal tumis? (Cubaan update blog walaupun pemalas, semua benda tidak mahu tulis).

Sampai entri yang lain, minta-minta bukan lagi 20 hari. Selamat berhari minggu!


Comments

Popular Posts