Babies. They still spend a good amount of time eating, sleeping, and crying.


They still don't have a whole lot of hair or a whole lot of teeth. They still go through plenty of diapers. They still smell sweeter than any perfume. They're still round and soft and yummy. They still have the same basic needs: food, comfort, and lots of love. And because they still don't come with instructions, they still keep their parents guessing, a lot. (Heidi Murkoff, What to Expect The First Year)









Berdebar pula mahu mula menulis. Haha. Bayangkan, saya ambil masa hampir sebulan untuk update.

Sejujurnya saya ada sebab teknikal selain masa senggang selalu saya habiskan dengan qada' tidur. Maafkan saya untuk kalian yang selalu menjenguk. Saya cadangkan kalian langganlah google reader. Selain mudah, ia juga tidaklah membuatkan kita tertunggu-tunggu dan terjenguk-jenguk kemudian kecewa. Sekian iklan.

Let's get into the business, shall we? (Eceh. Padahal sudah sempat makan coklat, dua kali beri Kasih minum, tidur sebentar dan menonton Jamie's American Road Trip sejak perenggan iklan google.)

Kasih. Sebelum dan Selepas.

Saya berkira-kira mahu berkongsi pengalaman bersalin atau tidak. Kemudian memutuskan untuk menulis, untuk rujukan saya juga masa akan datang, andaikata saya mengalami short term memory loss.

25 Mac 2010, Saya jumpa Dr Seri lagi di PCMC, untuk final check up. Oh, saya mungkin belum pernah beritahu, pada minggu ke 37, saya masih mengalami placenta previa, dan kemungkinan untuk melahirkan secara normal masih ada walaupun tipis. Bila scan kali ini, uri masih di bawah dan tidak ada pilihan lain kecuali melahirkan secara caesarean. Pilih tarikh, dan bersedia untuk melahirkan.

30 Mac 2010, Saya pilih tarikh ini sempena hari lahir Marliza. Alang-alang boleh pilih tarikh, kan.

10 pagi: Saya, Zul dan emak bertolak ke PCMC. Ayah tak dapat ikut sebab kurang sihat.

12 tengahari: Singgah makan ikan bakar di Jalan Bellamy. Bayangkan dengan perut sarat begitu, sungguh advencer berjalan dan mencelah di keramaian manusia yang lapar nasi. Waktu itu saya ada seperti kontraksi kecil selang 20 minit.

1.30 petang: Tiba di wad. Jumpa Dr Seri di kaunter. Boleh minum paling lewat pukul 2, selepas itu perlu puasa. Solat, minum air zam-zam, kemudian baca semua doa memudahkan urusan yang saya tahu sementara urusan borang, surat kebenaran dan sebagainya mereka uruskan. Waktu ini saya duduk di bilik bersalin. Dari bilik ini boleh nampak jelas Restoran Ibunda yang saya selalu dengar.

3 petang: Emak dan ayah mertua tiba dari Johor Bahru.

3.30 petang: Pindah bilik sebenar di wad 6G, bilik nombor 9. Seronok juga kena sorong-sorong, walaupun pening sedikit atas katil.

4.30 petang: Tunggu pakar bius datang, sambil doa-doa dan doa. Juga bertukar sms dengan Marliza, memandangkan saya tidak dibenarkan tweeting waktu itu.

5.30 petang: Pakar bius masih belum saya jumpa. Dr. Seri tempah bilik bedah (OT) pukul 6, maka saya risau saya belum dapat ubat untuk buang air (Dya beritahu, sebelum pembedahan memang doktor akan beri). Rupanya untuk pembedahan tidak perlulah.

6.30 petang: Salam semua emak dan ayah dan Zul sebelum disorong ke OT.

6.45 petang: Masuk ke ruang sebelum OT, jumpa pakar bius di situ, dan tandatangan surat kebenaran bius. Zul juga sudah tukar baju untuk masuk OT.

Zul Sheperd. Heh. Berdebar sebenarnya dia. Saya apatah lagi.

7 malam: Saya dipindahkan ke atas meja bedah, tapi tidak jadi disorong ke dalam OT sebab Dr Seri tiba-tiba ada kelahiran normal yang perlu disambut.

7.15 malam: Saya disorong masuk OT. Ya rabbi sejuk. Bayangkan gaun sexyback dan OT yang sejuk dan meja bedah yang keras. Pakar bius berbual kosong dengan saya sambil cuba distract saya daripada jarum dan ubat ubat bius dia. Dia minta jururawat lelaki pasang radio waktu itu sebab bosan tunggu Dr Seri dan mahu membunuh kesunyian dan kesejukan dalam OT. Oh, dia seorang India, maka dia tidak kisah mengenai hiburan di waktu maghrib. Bila ubat bius mula menguasai kaki, ada seseorang pasang kateter dalam pundi kencing saya. Saya tak nampak sebab ada langsir depan muka saya. Cuba untuk lihat dalam refleksi tingkap, tapi yang saya nampak cuma KLCC dan Kuala Lumpur waktu malam (eleh nak sebut juga KLCC).

7.25 malam: Dr Seri masuk, sungguh cekap dan ceria. Bila dia selesai sediakan saya, Zul masuk. Temankan saya dan menyaksikan proses kelahiran.

7.46 malam: Rasa perut digodek-godek, kemudian dengar sayup sayup bayi menangis. Alhamdulillah, betullah bayi perempuan. Lega dan betul-betul bersyukur sebab selamat. Zul beritahu, baby ok, alhamdulillah. Zul azan dan qamatkan baby dalam OT.

8.10 malam: Dr Seri selesai jahit saya semula. Saya disorong ke post operation room. Waktu itu sudah gigil terketar gigi sebab terlalu sejuk.

9.15 malam: Disorong semula ke bilik nombor 9. Emak, emak mertua dan ayah sudah menunggu. Saya fikir ada baby sekali, rupanya baby masih di nursery.

9.45 malam: Nurse bawa masuk baby, sebab dia lapar sangat bertarung di OT tadi belum minum. Kesian dia. Pandai menyusu walaupun pertama kali. Comel.

10.30 malam: Abang saya tiba, dengan makanan. Mereka makan malam lewat, dalam bilik nombor 9 itu juga. Saya tidaklah terliur. Waktu itu saya cuma mahu kepanasan sebab terlalu sejuk.

11 malam: Zul hantar emak dan ayah mertua pulang hotel, dan emak dan abang pulang ke Melaka.

31 Mac, 1 dan 2 April 2010, Siri-siri mengenal Kasih. Bila dia lapar, bila dia basah, sejuk dan sunyi. Kadang-kadang ada tetamu melawat.


Kak Ida dan keluarga.


Makcik Meah dan Pakcik Zali. The only time my face looked decent in camera. Pakcik Zali sempat tahnikkan Kasih sebelum pulang.

Mieyn datang melawat dengan suami dan Airis yang ya rabbi comel.


2 April 2010: Dibenarkan pulang pukul 3 petang. Tiba di Melaka pukul 7 malam.


Sebelum check out.


Tumpang cradle kakak Khayra, baju pun sama, untuk mengelirukan tetamu. Haha. (Terima kasih Mak Teh beri baju comel pada Kasih)

4 April 2010: Kembali ke PCMC, untuk rawatan jaundis Kasih.



Comel betul mengerekot macam dalam perut. Ini ketika menjalani phototherapy.


Waktu tunggu discharge dari hospital, budak comel ni dah pandai ketawa.

Jenuhlah bergambar, ya Kasih? Di hotel sebelum pulang Melaka.


7 April 2010: Pulang ke Melaka, kembali berpantang.


Dalam kereta, selesa betul. Tidur sepanjang jalan.


Hari ini genap umur Kasih 31 hari. Alhamdulillah. Sunyi sikit lepas adik saya Dya pulang Kuantan lepas habis berpantang. Rindu juga pada Khayra yang tembam.





Saya tulis entri ini semalam. It took me more than 24 hours to actually complete an entry. Kesian Marliza tertunggu-tunggu. Nanti bila Kasih sudah ada rutin insyaallah saya perlu lebih tingkatkan kecekapan menulis blog.

Sampai saya sempat menulis lagi.


Comments

Marliza Radzi said…
Puas baca walaupun lama tunggu!!! Komprehensif & menyeronokkan :)

Comelnya Kasih. Hopefully dapat jumpa hujung minggu ni (eh eh comel montelnya anak Min!)

Aku bila ni? Berdebar tapi tak sabar :D

(Eh eh template baru? Ke aku je baru nampak sebab selama ni baca kat Google Reader?)
Marliza Radzi said…
Nak tambah komen (tamak):

Suka suka suka gambar Khayra & Kasih! Precious ah. Nanti bila dah besar, gambar itu mesti akan menjadi suatu yang sangat dihargai :D
diana sidek said…
Subhanallah Ayin!Kasih sangat2 comel! Berzaman aku tunggu ko update. Bila ni Aunty Diana dpt jumpa Kasih ye?Lagi sekali tahniah banyak2 ye to u and Zul.

Dear Kasih, Aunty doakan semoga Kasih jadi anak yang solehah ye.
AyinEmran said…
marliza; haha comella tamak komen. aku mcm anta karangan kat pn minati pulak sbb ada komen komprehensif. haha.

template takde la baru sgt, ramai tak perasan kot sbb lama tak apdet.

diana: thanks beb. alah aunty diana pun baru apdet blog kan?
yunik said…
Ala, comel sangat si Kasih. Marilah berjalan melawat Khayra nanti ye? ehhe (alasan nk suruh bg aku jumpe Kasih)
a.k.a. apot said…
ain:..rasa terharu n nak nangis baca..mengapakah? nway, aku tumpang happy n doakan yg terbaik :)
zulmaha said…
Love your post, but love u n Kasih the most. Rasa sebak plak baca pukul 945 mlm tu.

Thanks to aunty2 yg doakan Ayin n Kasih.
ila nursalida said…
terasa kasih pula melihat KASIH yang berwajah suci...tahniah untuk ibu bapa kASIH..subhanallah...
Akmar Emran said…
Comel sangat pakai baju belang2 dengan Khayra tu. Sungguh lengkap kronologi itu. Bagus dicatatkan buat kenangan. Good luck for the experience.
baini said…
ain,terima kasih upload blog,hehe..teruja aku baca pengalaman ko,:)
imee said…
ayin, this is my favourite post! :D

usah la rasa bersalah sbb lama tak update.. new mommy memang begitu. and yes, tido la selagi boleh! :) tp sure lepas ni mcm2 nak update pasal Kasih nye developments..

btw, u'll be breastfeeding, yes? :D :D :D congrats again ya!
Wahida said…
Alala comel pakai baju sama dgn Khayra! :D
AyinEmran said…
yunik: amboi bijak la cadangan tu ye? rindu la kat khayra.

najmah: apesal pulak kau nak nangis? heh.

zulmaha: we both love u too! already missing u la.

ila: thanks dear.

along: itula, nanti takut lupa all the small details. heh. thanks aunty long. :P

baini: haha perli eh siap thanks aku apdet. all the best ok baini!

imee: thanks imee. yup yup, dari mula mmg bf.

wahida: kan. mmg sengaja.
beb, comel gile anak ko . apa masalah dia dah pandai senyum2 ni? geram wey
masz said…
comel gila kasih. tak tahan pandai senyum tu. aku pun mcm najmah. tetiba boleh plak tergenang baca entry ni. emo di petang hari. congrates again to u n zul =)
comelnya kasih..tahniah..
intan izani said…
semoga membesar menjadi anak wanita solehah..
update lagi
selalu ternanti2 update
;p
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
helmyemran said…
nak tulis komen gak walau serumah.haha

khaira tu nape tangan dia, gembira ada kawan?haha.

zul sengeh..nampak betul dia berdebar. hehe. congrats!!
kasih macam aiyris dulu dalam incubator uv tu.hehehe. tuit2, bday kasih nanti sama dgn bday marliza la eh? waa bestnye
twayblade said…
ur silent reader here. congrats for winning the 1st battle!!!
AyinEmran said…
mieyn: dia mmg kdg suka gelak tiba2. a'ah sama bday dengan marliza. heh.

masz: sensitip sensitip ni ada tanda baik. heh.

shafini: thanks. :)

intan izani; insyaallah kalau ada masa saya apdet selalu.

trendymuslimah: salam.

abang: ek eleh. khayra kan suka mengeliat. skrg dah tak muat dua org dlm cradle tu. heh.

twayblade; thanks! :)
Sasha Farina said…
scheduled c section.. macam masa kak sasha bersalinkan Nidhi :) sejukkkkkkkkkkkkk menggigil gigil.. tak mintak electric blanket? life saver tu :) alhamdulillah semua dah selamat dik..
AyinEmran said…
sis sasha: ada electric blanket, dgn heat blower lagi, tp mmg menggigil. alhamdulillah. :)

Popular Posts