Wednesday, August 4, 2010

ikan laut menari di bawah lenganku




Saya beritahu twitterville, kalau jadi usaha saya sediakan nasi lalapan, maka saya kongsi di sini.

Di Bintulu, hidangan seperti ini; nasi panas, ikan goreng garing, tempe dan tauhu goreng dengan ulam-ulam rebus (kacang panjang, kobis, timun) dengan sambal belacan istimewa ini dipanggil nasi lalapan. Biasanya orang yang jual hidangan ini mesti ada juga jual nasi ayam penyet. Rupanya di semenanjung, orang panggil Pecel Lele. (Pecel adalah sayur-sayur ulam, lele adalah ikan keli; menurut satu sumber).

Maka arakian, saya terujalah mahu cuba sebab kebanyakan keperluan hidangan ini ada dalam dapur saya. Walaupun tak lengkap, kira bolehlah kan. (Saya tiada tauhu dan timun dan kacang panjang).

Cari punya cari, memang tiada orang kongsi resepi nasi lalapan mahupun pecel lele. Maka saya ambil resepi nasi ayam penyet dan cuba atas ikan sebelah saya. (Ikan sebelah atau ikan sisa nabi orang panggil)

Maka saya kongsilah di sini, dalam versi semi-pemalas, sebab hampir pukul sepuluh (saya mahu tonton Parenthood ulangan), saya gabungkan dan ambil yang terbaik (padahal utilize apa ada dalam peti sejuk) dari sini dan sini. Tapi sebab dua-dua resepi ayam, saya abaikanlah proses rebus dan perap ayam, dan saya cuma perap ikan dengan bumbu perapan lebih kurang tiga jam.

Verdict? Menurut satu-satunya audien saya yang jujur dan disayangi itu, sambal belacan saya kurang rasa masam dan manis (ya, saya tak letak cili api sebab nanti Kasih sakit perut, dan tiada keperluan limau dalam resepi). Juga, saya terlebih masuk ikan bilis goreng, maka rasa ikan bilis overpower rasa sambal. Maafkan ikan bilis ya. Lain kali kita cuba sampai jadi.

Oh, rasa ikan memang terbaik. Ketahuilah saya suka ikan sebelah sebab isi macam ikan bawal tapi murah!

Baiklah sekian sesi berkongsi. Selamat bersiap-siap untuk Ramadhan yang dirindui!


*Tajuk entri adalah bait dalam lagu Ikan Laut (Gigi ft. Musisi Jalanan) yang sungguh catchy.

4 comments:

Marliza Radzi said...

Mai sini sepinggan!

亦奈美妮 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
rafiza said...

ayin, di semenanjung ni ada ke ikan sebelah??
kenapa sy jarang dengar..tp, sy mmg bukan penggemar ikan pun..biasa2 shj..

AyinEmran said...

marliza: meh meh. tp kat JB ada pecel lele yg lazat jugak.

rafiza: ada, tp jarang org beli, biasanya org cina pandai makan, org melayu baru nak start.