Maybe gratitude has nothing to do with joy..
Ramadhan dengan si kecil
Alhamdulillah, sudah hari ke sepuluh kita puasa, saya dapat puasa penuh meski waktu sehari dua awal, agak ragu-ragu dengan produksi susu untuk Kasih. Dapat sokongan dan motivasi padu dari teman-teman di Twitter (oh, saya suka sokongan maya begitu, terima kasih Wahida, Delma, Aida, dan Kak Timmy. Marliza menyokong saya sentiasa melalui sms). Dan emak juga memang selalu ingatkan, makan makanan yang menambahkan susu. Kurma, oat, susu, dan saya memang minum air sebanyak-banyaknya sepanjang lepas berbuka sehingga sahur.
Oh, juga halba, sangat hebat dalam menambah susu. Insyaallah. Dan doa banyak-banyak, sebab semua rezeki untuk anak, dan untuk kita memang datang dari Dia, kan?
Antara sebab saya lambat tulis blog sebab Kasih ada rutin yang lain bila mula puasa. Alhamdulillah dia cuma ada bangun sekali masa kami bersahur, jika tidak dia akan tidur sampai pukul 11. Selepas mandi dan main-main, dia akan tidur semula pukul 2 atau 3 dalam sejam dua. Waktu dia tidur sekejap itu lah saya akan sambung kerja rumah dan masak untuk berbuka. kadang-kadang bila dia tak tidur petang, saya akan mula berdebar. Tapi syukur, kami pun ada terima beberapa jemputan berbuka, maka kurang satu kerja saya kalau ada jemputan.
Waktu Maghrib hingga Isya', Kasih akan perlu tidur sekejap. Jika tidak dapat tidur yang ini, dia akan cranky dan menjerit sekuat hati. Haha. Ada beberapa kali berbuka di hotel, satu restoran boleh dengar suara dia menangis. Tapi kadang-kadang bila tiba di rumah, dia bukan akan tidur pun. Budak kecil ni akan suka main lompat-lompat depan cermin sambil ketawa-ketawa. Saya beritahu Zul, mungkin dia mahu utilize masa dengan Zul, sebab kalau siang hanya ada saya di rumah, kan. Kadang-kadang pukul 12 baru tidur. Nasib kurang baik, pukul 1. Haha.
Tapi apa-apa pun, bila tengok dia bangun tersenyum tengok kanan, tengok kiri (kanan saya, kiri Zul), semua ngantuk pun macam tak penting. Hebatnya bahagia bila ada anak. Saya selalu risau sebab bila terlalu bahagia begini, rasa vulnerable betul. Allah boleh tarik nikmat ini bila-bila masa saja. Kan?
Terawih memang di rumah, dan mengaji pun dapat sementara dia tidur. Tak banyak macam dulu, tapi saya cuba untuk konsisten. Rugilah, kan. Ramadhan berkatnya lain.
Biskut raya
Resepi di blog
Kasih oh Kasih
Kasih sudah pandai capai benda-benda berdekatan dia, bermaksud dia sudah boleh grab things, walaupun kadang-kadang jatuh. Budak comel ni juga dah boleh mengagak apa-apa perkara rutin. Contohnya, bila dia nangis, tapi saya tiada di bilik, mata dia akan pandang pintu, sebab dia tahu saya akan datang dari pintu.
Kasih ada kaki yang kuat, proses mandikan dia adalah lebih mencabar sekarang, suka tendang dan lepaskan diri dari dokongan satu tangan saya. Dia suka terlonjak-lonjak depan cermin, dan bila pakai carrier. Janganlah nampak cermin, dia memang suka. Daripada menangis berair mata, terus boleh ketawa.
Dia rajin cakap seorang diri, kalau waktu mood baik. Ataupun waktu depan cermin. Dan dia tahu mug dan tupperware air saya dan Zul ada minuman, maka setiap kali dia cuba untuk capai, dan bila dekatkan, dia akan cuba jilat.
Tak sabar betul untuk bagi dia makan soft solid food.
Entri ini saya tulis semalam, tapi tertangguh sebab Kasih menangis. Maka bila ada masa, saya tulis lagi. Selamat meneruskan Ramadhan!
Comments
Hadi baru tidur, at 2.30 petang, lepas jaga pagi tadi jam 8.30. Dia lawan mata dari tadi. Ya, aku rasa memang sebab dia nak spend time dengan aku sebab jarang dapat kan? *nangis*
Rin: jangan, puasa-puasa ni. hehehe.
-wahida-
sayupnye hati...
Zul: hey you. :) vulnerable kan?
kalau auntie mesti tak larat nak dukung kasih ni.. hi hi
Alaaaa... bila tah Umar ni nak ada gambar dalam bumbo seat jugak ni.
~coffeeaddicts~
aida: ambiklah gamba umar, masa dia tgk NatGeo ke. hehe
mieyn: pasrah je, masa ni ajak dia dok dpn tgk tv. hehe.
X sabar beraya dgn Kasih..bg makteh dukung,peluk,cium n gigit tau!heh.
Selamat buat kuih raya ek,jumpa hujung ramadhan nnt!
dya: tatau la smpt buat kuih tak. mungkin operasi buat kek je kot. tak sabar nak cium khayra jugak!
mmg bahagia ada anak kan.pengubat duka lara kita :)
kepala adam belum boleh tegak.xle bergaya dlm bumboo lg.
err..suka tengok cermin ? mcm mak dia ke ? heheheh
odah: kan odah? ala kalau adam duduk dlm bumbo pun mesti geram, padat2 gitu.
yerq: eh aku suka tgk cermin ke? haha.