To eat one muffin is human, to eat a dozen is so divine.
Semalam saya tiba-tiba ada keinginan yang dahsyat untuk baking sesuatu. (Apa ya kata ganti baking dalam Bahasa Melayu?). Antara kek, biskut dan mufin. Akhirnya saya pilih mufin.
Resepi ini saya ambil dari allrecipes.com, menurutnya resepi mufin terbaik, dan pada saya resepi ini mudah, tapi mungkin belum dapat lawan mufin Kenny Rogers. Mungkin saya yang tak pandai buat, atau suhu kurang sesuai, kan. Mungkin, lah.
Tapi saya legalah, sweet food craving saya tertunai, dan dapat bake something.
Resepinya begini ya kawan-kawan.
1) Campurkan bersama 2 cawan tepung, 3 sudu kecil serbuk penaik, 1/2 sudu kecil garam, dan 3/4 cawan gula pasir. Gaul rata dalam mangkuk adunan. Tak perlu pakai mixer.
2) Dalam mangkuk lain, campurkan bersama 1 cawan susu segar, 1/4 cawan minyak sayur dan sebiji telur. Gaul mereka sehomogenus yang kalian mampu.
3) Buat lubang di tengah-tengah adunan kering dan tuangkan adunan cecair di kawasan lubang itu. Kemudian cepat-cepat gaul dengan garfu, tapi jangan melampaui batas gaul hingga terlalu mesra. Adunan mufin memang ada ketul-ketul, bukan seperti kek yang mulus adunannya.
4) Kemudian, masukkan bahan asing yang anda mahukan dalam mufin, saya mahukan cip coklat, maka saya masukkan secawan cip coklat. (Sebenarnya saya bahagi dua adunan, separuh cip coklat, separuh lagi kismis. Tapi mestilah saya berat sebelah, saya bubuh cip coklat lebih setengah cawan sebab saya tamak coklat). Gaul. Ingat, jangan terlampau gaul, sikit-sikit cukup.
5) Kemudian cedok adunan ke dalam cawan mufin, dan bakar selama 25 minit, pada suhu 205 darjah celcius. Saya ikut resepi asal, walaupun hati macam tak setuju. Ini hasil loyang pertama. Terlalu dense, bukan seperti tekstur mufin yang saya mahukan. Maka loyang kedua saya turunkan suhu ke 180 darjah celcius. Default baking temperature.
Saya mula projek ini waktu Kasih tidur, belum siap membakar, budak comel itu sudah bangun, maka ada sedikit cabaran di situ. Disebabkan mengidam, maka saya gagahkan jugalah. Bila bunyi 'ting' oven, dukung Kasih terkedek-kedek lari pergi periksa dengan lidi mufin sudah masak atau belum.
Kemudian perlu isi dalam cawan mufin adunan lain, perlu letak dia depan tv paksa dia tengok kartun, sambil cepat-cepat buat kerja. Mencabar tahu? It helps if I have bigger oven, so I can bake in one go. Hihi. (Ada oven sebiji perlu bersyukur, ada orang Tanzania teringin makan mufin tapi tiada oven lagi kasihan. Bersyukur sekarang?)
Baiklah, sudah mula merepek.
Oh, lupa beritahu, kalau mahu buat mufin perisa kesukaan anda seperti blueberry atau strawberry, cuma perlu campur secawan bahan tersebut dalam adunan. Adunan asal tetap sama. Senanglah, pendek kata.
Selamat mencuba, dan selamat berhari minggu!
Comments
alololo comeynya kena paksa tgk kartun. rajinla ayin ni. ko role model seorang ibu yang rajin =)
boleh cuba nanti (yg entah bila) ha ha ha
eh cup tu nak kena ada base ke atau boleh tuang adunan gitu je?
Tapi dah 2 minit pikir ni, Ninie pun tak tau, LOL!
BTW, comelnya lah terlalu tajuk entri ni! Nak RT boleh?
madulebah: kena ada base, saya mmg takde muffin mold sbb oven kecik tak muat, so guna aluminium mold yg individual tu. tp kalau guna cup biasa nanti batter melimpah. heh.
ninie: kan, susah nak translate. sila sila RT. haha.
fieza: baiklah, let me know tau. senang je resepi2 sini.if not, i wouldn't do it.