Oh la laa


We are back here in Bintulu. Walaupun sekejap, tapi sungguh lega dan bahagia (saya mahu terjemah refreshing, tapi macam tak sesuai, tapi itulah perasaan yang lebih tepat).

Quick update in picture form.



Nenek kata takde gambar Kasih dengan saya, padahal banyak, cuma tak sempat upload. Dan kebanyakannya gambar Kasih tak senyum, sebab kalau saya yang ambil, saya agah dia sebelum ambil gambar. Ini sebelah tangan, mana boleh agah, kan? Bayi garang, sila jangan kacau.


Alhamdulillah, sempat selesaikan masalah cincin kahwin. Panjang ceritanya. Tapi moral yang dapat diambil, kalau mengandung, meskipun anda kurus, silalah buka segala cincin dan barang kemas sebelum badan atau jari mengembang. Saya akan ingat sampai mati, insyaallah.



Dapat bertemu mata dengan mak ayah dan keluarga. Priceless. Menghabiskan masa walaupun sekejap sangatlah menenangkan. Kasih pun kena kenal-kenal keluarga, nanti tiba-tiba dah tak ingat nenek yang mandikan tiap-tiap hari masa pantang. Itupun ambil masa juga sebelum mesra, dengan Pak Ngah langsung takut sampai sudah. Mungkin Kasih takut jambang Pak Ngah, sebab dengan Pak Andak dia boleh main.


Bonding time with family. Di JB, lagilah rasa tak cukup masa. Tapi alhamdulillah, dapatlah tunaikan apa yang mahu dibuat. Kasih di JB dengan sesiapa pun dia tak mahu. Hanya saya dan Zul saja dia boleh. Mungkin tak cukup rehat. Letih mengukur Johor Bahru yang luas. Haha!



Dapat jumpa Marliza dan Hadi, yeay! Walaupun Kasih mengantuk dan jadi merengek, bak kata Marliza, jadilah, daripada tak dapat jumpa langsung. Sempat pergi Kotaraya beli tudung bawal. Ya, tudung bawal masih wujud, syukur Ya Tuhan.


Lepas dapat tidur sekejap, bila bangun baru Kasih nak bersosial dengan Hadi. Ada versi video tapi saya tak pandai edit video, jadi tak boleh nak kongsi. Kasih being Ah Moi kibaskan tuala pada Hadi. Hadi tenang sepanjang sesi bersosial. Oh Hadi, I miss you already.


Tunggang terbalik gambar. Ini waktu naik bas dari Melaka ke JB. Tidaklah teruk sangat naik bas ekspres. Kasih pun tidur sepanjang jalan. Kerusi pun lebih selesa dari kerusi dalam flight (economy class punya, lah). Cuma yang leceh di stesen bas tidak mesra-troli. Beg beroda memang kena angkat. Lagi leceh kalau tak reti guna dua baju saja bila balik kampung. Beg mesti nak enam. Haha.

Ini waktu sedang tunggu cop imigresen, di Bintulu. Dalam kapalterbang ada sekali, menangis kuat buat pertama kali. Mungkin sebab waktu naik, mengantuk sangat tak perasan dah naik kapal. Bila bangun terkejut, agaknya.

Sekarang, Kasih sedang tidur lepas makan ubat selesema dan ubat demam. Doktor kata, telinga Kasih ada infeksi. Ubat antibiotik pun ada, belum makan sebab susah sangat nak buka, macam tak bagi makan (TMI). Kasih dapat lena sikit tidur sejak malam tadi tidur tak selesa. Tapi sekarang dah bangun, maka saya berhenti di sini.

Sampai nanti!

P/s: Macam biasa, bila balik Melaka saya ada projek dapur. Nanti kalau sempat saya kongsi resepi, chocolate croissant, sardine croissant dan pai epal.


Comments

Marliza Radzi said…
Sangat comel OK gambar sesi bersosial.

Get well soon, budak Jepun sayang!
lama x blogwalking ke blog ayin nih... wah kasih dah makin besar.... auntie wanie lom sempat jupe kasih lagi... anyway happy happy selalu yek...
Akmar Emran said…
Comel dan geram tgk Kasih dah semakin membesar, dan rambut dah pjg. Wah naik bas? Kagum betul. Along pun tak pernah bwk baby naik bas. Sebab jenis orang yg beg lebih dari 6. hehe..
Hadi sangat macho dan cool, geram jugak. Nnti letak gambar byk2 lagi yer.
AyinEmran said…
Marliza: Comel kan. Tapi tak nampak ekspresi sbb dua-dua mengadap betul each other.

Wani: Ada umur, dan jodoh kita jumpa aunty Wani. :)

Cik Long: Kak long kalau nak naik bas balik kg adalah lebih 8 jam, sgt berdebar. Ain pun naik bas sbb kejap je, Mka-JB. Hehe. Ok nanti ain letak gamba lagi.

Popular Posts