Siri pastri

Seperti yang dijanji.

Saya dah lama mahu cuba resipi chocolate croissant selepas menonton salah satu episod Nigella Bites di TV. Jadi ini resepi Nigella, dan ia tersangat mudah. Rasa macam nak buat seratus, tapi apakan daya, nanti saya seorang yang kena habiskan, dan masa pun bukannya cukup.

Ok, ada tiga jenis pastri yang akan terhasil dalam entri ini, tapi semua asasnya sama, cuma inti dan rupa saja lain sikit.

Pertama, untuk buat ketiga-tiga jenis pastri (choc croissant, spicy sardine croissant dan pai epal), anda memerlukan instant puff pastry. Sila cari di hypermarket berdekatan. Sila bersyukur ada hypermarket di tempat anda yang ada jual puff pastry, sebab di Bintulu tiada.




1) Mula-mula, thaw kan sekeping instant puff pastry.


2) Untuk choc croissant, potong kepingan besar tadi menjadi lapan segitiga kecil. Kalau mahu croissant yang lebih besar, potong secara diagonal untuk membentuk hanya empat segitiga. Terpulang, asalkan jadi segitiga.


3) Kemudian letakkan bar coklat di bahagian sisi yang paling panjang. Kalau mahu banyak coklat, letak tiga. Asalkan nanti boleh gulung. Kemudian, gulung ke arah bucu segitiga.


4) Dan bengkokkan hujung seperti dalam gambar. Kemudian sapu dengan egg wash (pukul sebiji telur dengan sedikit air) untuk efek yang lebih dramatik apabila masak. Bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius.



5) Tadaa. Ini hasilnya. Maafkan saya kerana gambar kurang mendatangkan nafsu. Kasih perlukan perhatian saya waktu ini. Lighting ke mana, siap ada unnecessary shadow lagi. Haha.


6) Untuk pai epal pula, buat potongan segiempat sama ke atas instant puff pastry tadi untuk membentuk empat kepingan kecil. Kemudian, letak inti epal (masak epal yang dipotong kiub dengan mentega dan gula) dan lekatkan dengan egg wash dan kelimkan dengan hujung garfu. Untuk efek yang sama, sapu dengan egg wash di bahagian atas. Kelarkan sedikit bahagian atas untuk melepaskan wap panas epal dalam pai. Bakar 30 minit pada 180 darjah celcius.

7) Tadaa. Ini ada sedikit tiru pai epal McDonalds. Haha.


Untuk sardine croissant, gantikan inti coklat atau epal dengan sardin. Senang, kan?

Mahu buat cheese croissant? Gantikan dengan keju. Lagi? Mahu daging? Sila sila letak ikut kemahuan hati anda.

Lega sebab dapat juga buat sesuatu guna instant puff pastry. Dah lama saya cari, tapi di Bintulu saya tak jumpa. Mungkin ada, tapi saya tak tahu. Mungkin.

Cubalah, kegemaran saya memang chocolate croissant, sebab saya memang suka coklat. Bila lepas bakar, coklat dalam jadi cair kadang-kadang terkeluar meleleh sikit. Oh nikmat.

Sekian, cubaan menggoda anda untuk mencuba resepi ini. Sampai nanti!


Comments

Marliza Radzi said…
Rasa macam esok juga nak cari instant puff pastry!
AyinEmran said…
Marliza: Kann? Masa lepas tgk Nigella buat I had the same feeling too!
oh, saya begitu tergoda dgn entry kali ini!harus mencubanya!
nyorq said…
ayin,thanks so much for sharing this..ade gak idea nk buatkan utk suami aku yg suke mkn pastri2 ni..1 hari nk surprisekan dia la.. ;)
AyinEmran said…
min: sila sila!

umi: my pleasure bebeh. aku beli ni sbb Zul suka makan apple pie lah. nak try buat sendiri. heh.
Rin said…
instant puff pastry.. okeh okeh..
fine... ini YATT :D said…
senangnya! (untuk orang tak pandai masak macam aku)

tapi aku ada soalan, mcm mana nk masak epal + mentega + gula untuk inti pai epal tu? huhuhu... saya budak tak terer mmg kena explain satu2 T___T

owh, instant puff pastry tu, dia tulis apa kat bungkusan dia, senang nak carik kat hypermarket nanti.. hahahah.

ala malu la tanyer soklan mcm ni. rasa nak komen under nama anonymous. hahahaha.
HW said…
Nanti nak cuba. Thank you Ayin! :D

-wahida-
AyinEmran said…
Rin: :)

Yatt: haha comel. Utk epal tu, kau panaskan pan, letak butter sikit. Pastu, masukkan gula, pastu epal (yg dah kiub), masak sampai epal tu masak, as in dah pekat, dan nampak brownish. Throw in cinnamon sket. Done.
Instant puff pastry bertajuk instant puff pastry, tapi Marliza jumpa jenama Kawan, so try la carik. Mesti byk.

wahida: My pleasure bebeh.
Ummu Auni said…
apple pie dah buat. nanti nak try chocolate, oh yummay! thanks!

oh, tudung bawal masih banyak di kelantan :D
AyinEmran said…
ummi auni: I know! Susahnya nak sampai kelantan. Kat Jln TAR pun byk, tp itulah, tak sampai. :)
amy mieza said…
Br cuba tadi. Buat choc punya, senang dan sedap. Dah lama nak try tapi seKerteh dan sePaka tiada Instant Puff Pastry. Nasib baik kat Kuantan ada. Kalo x kempunan nak try this recipe.

Thanks sbb share resepi ni.
SFM said…
Hai! mintak izin cilok the resepi sebab nampak sangat senang dan sedap! thanks!!

Popular Posts