Random ramblings
Sudah lama tak tulis merapu. Maksud saya, tulis sebarang main lintang pukang. So let's go random.
Ini gambar masa raya puasa tahun lepas. Saya suka betul gambar ni. Abang yang ambil. Ini waktu mesyuarat keluarga, raya ketiga. Ayah rasa, sudah sampai masanya keluarga kami tubuhkan organisasi sebab makin lama keluarga makin besar. Meja makan pun kena tempah sebab tiada kedai jual kerusi sampai empat belas (sebenarnya ada, IKEA, tapi menurut emak, kalau nak betulkan kayu atau mahu guna servis dia, tak boleh panggil datang rumah. Ya, emak sangat percaya dengan legasi perniagaan kedai kecil). Eh tiba-tiba cerita pasal meja.
Saya sebenarnya mahu kongsi cerita Kota Kinabalu. Tapi sebab gambar banyak, dan takut Kasih tiba-tiba bangun, maka saya tulis dulu cerita merapu ini. Sebab mood menulis bukan selalu ada. Kadang-kadang ada, cepat-cepatlah tulis. Dan gambar ini memang ada dalam hard disk laptop. Biasanya saya guna komputer besar, tapi Kasih kerap terganggu kalau dengar saya taip-taip dan klik-klik. Bising sikit agaknya keyboard dia.
Di antara cerita KK bulan 12 tahun lepas, sehingga hari ini, memang banyaklah aktiviti. Walaupun hidup saya tidaklah menarik, tapi yang sikit-sikit menarik pun, jadi highlight lah juga, kan.
Kami jalan-jalan ke Miri waktu cuti raya Cina, kemudian meraikan kawan-kawan yang berpindah dari Bintulu, berjumpa Delma, (Aunty Tun dan Dzakirin yang suka pakai cermin mata hitam). Minggu lepas saya ikut Zul ke Miri lagi (department Zul ada aktiviti di Borneo Rainforest).
Banyak kali ke Miri, seronok sangatkah Miri? Ya, berbanding Bintulu. Bandar Bintulu adalah kecil saja, dan pusing-pusing memang akan jumpa benda yang sama dan orang yang sama. No offense, Bintulu people. Apa yang Miri ada tapi tiada di Bintulu? Parkson, Giant, Coffee Bean, Starbucks, McDonalds, Secret Recipe, Big Apple Donut, ToysR'Us, Taman Buaya, apa lagi ya, tak ingatlah semua.
Kadang-kadang, bila saya tidurkan Kasih, saya cuba mengoptimakan masa dengan google benda-benda yang tak penting, tapi mengganggu fikiran sebab saya tak tahu. Maka saya kongsi di sini.
1) Telur ayam berkulit putih yang selalu kita nampak digunakan dalam Food Network, dengan telur ayam berkulit coklat yang kita selalu guna, tiada beza dari segi nutrisi. Ia berbeza warna disebabkan jenis baka ayam yang berbeza. Bukanlah telur ayam negara sejuk warna putih, negara panas warna coklat. Bukan.
2) Gelato adalah sejenis aiskrim dari Itali, dan ia sedikit berbeza dengan aiskrim biasa kerana mempunyai lemak yang kurang berbanding aiskrim biasa.
3) Robert Kuok, manusia terkaya di Malaysia (dan Asia Tenggara) rupanya adalah pemilik rangkaian hotel Shangri-La, selain memiliki empayar perniagaan gula di Malaysia. Kedua terkaya adalah Ananda Krishnan. Mereka kaya dari segi milikan duit dan saham. Tiada senarai untuk golongan kaya budi bahasa atau iman.
Sekian tentang google.
Bila dengar suara Manny dalam Handy Manny, akan terus teringat Wilderrama dalam Van Wilder. Tapi suara beliau dalam Handy Manny suci murni dan innocent saja.
Baiklah, boleh tahan panjang juga, untuk reputasi merosot saya kebelakangan ini. Kasih mahu tidur semula.
Saya tinggalkan kalian dengan gambar Kasih pada zaman kegemburan terhebat. Haha, waktu raya ni, Kasih baru 5 bulan. Tembam kan? Sekarang dah susut sedikitlah.
Sampai ada masa untuk menulis lagi, selamat berhujung minggu!
Comments
penah sekali dulu ayah bg makan hampas kelapa kat ayam2 kita. byk dan berterusan. sbb dpt bekalan dr mana ntah. hasilnya yg abg igt, telo ayam2 tu jadi putih.
abang: mesra pelukan haha! oh, makanan ayam pun boleh affect warna kulit telur eh?