Wednesday, April 27, 2011

Kasih's first haircut



Mula-mula macam nak buat Wordless Wednesday, tapi nak membebel sikit pula rasanya.

Tak bercadang pun nak potong rambut Kasih di kedai, ingatkan nak potong sendiri, alahai sikit saja pun. Tapi alang-alang Zul sedang potong, dan sementara menunggu saya mintalah amoi kedai potongkan.

Dah siap-siap bersenjatakan iPhone Zul, dengan Animal Sounds semua, sebagai persediaan andaikata Kasih menangis. iPhone di sebelah kiri, kamera di sebelah kanan. Haha. Drama kan, sekali Kasih tak menangis pun, dan buat selamba saja. Amoi kedai dah bagi dia kotak gold dust bagi dia main, terus leka.

Saya agak, dia suka dengan selimut hitam, macam dewasa. Dan sebab dah nampak Zul kena potong rambut, macam menarik. Agaknya. Hihi kelakar.



Oh, juga sebab nampak muka sendiri dalam cermin. Narsistik budak kecik ni.


Sebelah tangan je keluar, bijak juga idea ni.


Sukalah tu, tengok muka sendiri.

Sekejap sangat, tak sampai 5 minit. Tapi senget kan? Cis. Kena bayar RM3 untuk rambut yang senget.

9 comments:

cik puan daun said...

Suka tgk rambut kasih tegak mcm cameron diaz dlm theres something abt mary. Super cute!!!
Rambut girl tricky sket. Kalau boy, pakcik, blade no 2 ye? Zasss!!

Kasih x nangis. Iqbal sampai la nangis. Dia tak suka bunyi cutter tu. Apalahhh. :p

HW said...

Comel sangat!

Khayra kalau potong pun senget sb rambut lurus sangat kot so payah nak potong lurus & elok. Hihi.

-Wahida-

yunik said...

comel sangat! cam amoii

Marliza Radzi said...

Hey si comel! Comel comel comel! Gigit!

Miss N said...

super comel! mcm budak jepun la kasih ni..

AyinEmran said...

cik puan daun: Bunyi cutter tu memang menakutkan pun.

wahida; Kan, sebab lurus, nampak obvious senget

Yunik, Marliza & Nisa: :) Memang bulat muka Kasih skrg sbb ilusi rambut.

Wafaa said...

Excited kan bila anak's 1st hair cut. Kan kan kan? Masa Iman dulu, snap2 gambar sampai mamak tu siap bagi space utk kita snap gambar Iman :)

thehealthinspector: said...

alololo comelnya budak jepun ni. :))

AyinEmran said...

Wafaa: A'ah amoi potong rambut pun bagi can kita ambik gambar, haha beria kan?

Ieja: Hihi kadang jepun, kadang cina.