Please let me
I've been ignoring my blog for so long. Salah satu sebab adalah kerana kami pulang ke semenanjung. Dan juga kerana kicauan di twitter telah memenuhi keperluan berkongsi cerita. Tapi kadang-kadang 140 karakter tidak cukup, maka saya menulislah di sini. Itupun, kalau budak kecil itu tidur, dan saya tidak ada kerja.
Entri ini dah lama bertangguh, sekejap buka, lepas tu kanak-kanak kecil ini bangun, tutup semula. Dan begitulah. Jadi sebelum bertangguh lagi, saya cepat-cepat tulis. Please let me.
Sudah Ramadhan ke lima hari ini. Tapi saya masih diberi ruksoh. Sungguh kecewa pada mulanya, tapi ada orang berkongsi artikel tentang berdosa jika berperasaan begitu. Malahan, masih boleh beroleh pahala walaupun tidak dapat berpuasa. Nanti saya kongsi kalau sempat, artikel itu.
Alhamdulillah, Zul sudah beli rumah. Untuk emak dan ayah mertua sebenarnya, tapi bila kami pulang Johor, di situlah kami menginap. Pulang Johor empat hari, berusaha selesaikan semuanya. Urusan grill, cornice, window tint, langsir, kitchen cabinet, lampu, set sofa dan meja makan, dan wiring. Letih, tapi selesai. Ada episod drama juga bila Kasih jatuhkan pasu kaca di Rustica dan Zul perlu bayar gantirugi. Macam-macam. Tapi syukur selesai. Emak dan ayah mertua saya sudah berpindah walaupun belum lengkap dengan barang-barang, sebab risau berpindah bulan puasa lebih meletihkan. Jadi kami hanya dapat menyaksikan perubahan sikit-sikit melalui gambar di telefon saja.
Bagaimana dengan puasa kalian? Saya harap Allah mudahkan saya untuk merebut pahala berpuasa, bila sudah boleh nanti. Seperti Marliza kata, kami ada pembolehubah iaitu si kecil, dalam apa-apa rancangan hari-hari. Mula-mula nak masak ikan bakar berempah, tukar jadi ikan bakar kosong. Sebab ada anak kecil merengek tak bagi buat kerja di dapur. Contohnya.
Saya rasa, kadang-kadang Kasih sudah bosan bermain benda yang sama dengan saya. Saya pun sudah habis idea kadang-kadang. Nanti mungkin boleh cari krayon untuk aktiviti seni sikit-sikit. Sebab beri bawang dan lobak merah sudah tak menyeronokkan lagi untuk Kasih.
Selamat meneruskan ibadat puasa. Bagi yang berpeluang berterawikh di masjid, rebutlah keseronokan berjemaah, sebab saya cemburu. Selamat berhujung minggu!
Comments